Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin May 24, 2018 @ 2:00pm

Patutlah Nampak Cantik Dan Berseri, Ini Rupanya Rahsia Awet Muda YB Nurul Izzah

Kalau kita lihat YB Nurul Izzah sentiasa nampak cantik dan berseri, padahal beliau tidak makeup sekalipun!

Gaya sempoi beliau yang sentiasa mengenakan baju kurung dan tudung bawal sudah cukup membuatkan dirinya cantik dan ayu apabila dipandang. Setuju tak?

Kalau anda nak tahu, beliau sudah mempunyai 2 orang cahaya mata, dan wajahnya tetap nampak muda! Pasti ada di kalangan anda yang nak tahu rahsia awet muda Nurul Izzah ini, kan?

Ini jawapan oleh Nurul Izzah sendiri apabila beliau disoal tentang rahsia awet muda oleh dua orang DJ terkenal, iaitu Faizal Ismail FBI dan Fara Fauzana. Jom kita tengok video ini:

 

Nak tau rahsia AWET MUDA YB @n_izzah ? Hehehe #FBILive

A post shared by OFFICIAL FBI LIVE (@fbi.live) on

1. Minum air putih yang secukupnya setiap hari.

Yalah, minum air putih yang secukupnya sangat membantu untuk menambah cairan dalam tubuh agar kekal terhidrasi. 8 gelas air putih perlu diminum agar badan kita kekal bertenaga.

2. Sentiasa positif tak kiralah apa jua masalah yang datang.

Kalau kita sentiasa positif, pasti jiwa kita akan berasa lebih tenang. Percayalah, setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya.

3. Anak-anak menjadi penghibur hati apabila Nurul Izzah sedang bersedih dan berduka.

Ini penulis setuju! Anak-anak memang penyeri dalam kehidupan kita, lagi-lagi kalau kita ada masalah. Melihat keletah dan ragam anak sudah cukup untuk melegakan hati yang sedang bersedih.

Foto: Instagram YB Nurul Izzah

Simple sebenarnya petua Nurul Izzah ini kan? Bagi anda yang nak aura macam beliau, bolehlah ikuti rahsia awet mudanya. 

Sumber: Instagram FBI.LIVE , Instagram YB Nurul Izzah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 10 Jan 2019
Featured Tue, 13 Aug 2019
Oh Lawa Wed, 3 Apr 2019
Oh Lawa Mon, 9 Jul 2018
Oh Lawa Fri, 6 Apr 2018

Ikuti 6 Tips Ini Untuk Miliki Ulas Bibir Mungil, Seksi Lagi Menggoda

Mempunyai bibir seksi sememangnya menjadi impian wanita dan kerana itu ramai daripada kaum hawa sanggup mengambil risiko untuk menjalani suntikan semata-mata mahu mempunyai bibir yang lebih sensual.

Sedangkan terdapat pelbagai cara alternatif lagi kreatif untuk mereka mendapatkan bentuk bibir yang mungil. Tinggal lagi hanya perlu mempelajari teknik solekan yang betul.

Oh Lawa Wed, 2 May 2018

4 Tip Menggayakan Jumpsuit Untuk Wanita Berhijab. Pasti Stailo!

Teringin nak pakai jumpsuit tapi tak berani? Ikuti 4 tip ini.

Oh Lawa Thu, 25 Oct 2018

5 Kesilapan Lazim Ketika Menggunakan Beauty Blender, No. 4 Paling Penting!

Jika anda selalu gunakan alat ini, jom check cara anda betul atau tak.

Oh Lawa Thu, 17 Jan 2019

Mencari busana muslimah menepati syariat Islam namun masih kelihatan bergaya, Nur Aishah ada jawapannya!

Nur Aishah mengutamakan ciri-ciri kesopanan wanita muslimah, menutup aurat dan keselesaan yang abadi dalam beribadah.  

error: Content is protected !!