Categories: Oh Lawa

Penampilan Neelofa semasa di Milan Fashion Show ini berharga RM14,109.07! Anda sanggup?

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Neelofa memang tidak pernah mengecewakan dalam mencuba pelbagai gaya yang bersesuaian dengannya.

Meskipun sering menerima kecaman dengan pemilihan pakaian yang digayakan, dia tidak mempedulikannya dan tetap berani menggayakan apa saja fesyen yang digemarinya.

Lihat saja penampilannya sewaktu menghadiri Milan Fashion Show – Ferragamo FW pada 29 Februari lalu.

Dia menggayakan gaun rekaan Ferragamo yang berharga lebih RM14,109.07 atau 3,415 Dollar USD!

Foto: Ferragamo

 

Satu akaun instagram @lofalookbook, menyenaraikan busana yang dipilih oleh Neelofa sewaktu majlis fesyen di Milan.

Menariknya, penampilan Neelofa pada majlis terbabit sebenarnya berharga lebih daripada jumlah yang dinyatakan. Lihat saja kasut dan beg yang digayakan, kedua-duanya juga daripada jenama Ferragamo.

Kaca matanya pula adalah daripada koleksi Prada dan ia menyerlahkan gaya retro yang ingin diketengahkan oleh Neelofa.

Foto: Instagram @lofalookbook

 

Penampilan Neelofa sememangnya tidak mengecewakan dan dia kelihatan anggun sekali!

Tidak hairanlah jika ada yang menganggapnya sebagai ikon fesyen negara!

tex_admin