Categories: Oh Lawa

Trend Kecantikan Terbaru Korea Membuatkan Kulit Nampak Macam Kaca! Wow Berkilat

Orang Korea memang genius dalam bab-bab kecantikan. Sesetengah teknologi mereka jauh lebih advance dari negara-negara lain.

Trend terbaru mereka yang mendapat sambutan oleh makeup artist antarabangsa dipanggil “Glass Skin”, di mana kulit nampak tersangatlah licin… macam kaca!

Kini, makeup artist selebriti Barat seperti Sir John yang pernah bekerja dengan Beyoncé dan Priyanka Chopra, sudah pun mula menggunakan teknik ini untuk pelanggannya.

Sepatutnya, teknik ini melibatkan 10 ke 14 produk untuk mendapatkan glossy look, iaitu (mengikut urutan ye!) oil-based cleanser, air untuk membersihkannya, exfoliator, toner, minyak muka atau serum, sheet mask, krim mata, pelembap dan sunblock. Fuyo!

Memanglah cara-cara ini efektif, tapi anda takkan ada masa untuk semua itu! Itulah sebabnya Sir John dah mengurangkannya ke 5 produk sahaja.

Mulakan dengan mencuci muka anda dengan scrub atau exfoliator untuk membuang sel-sel kulit mati. Barulah kulit anda licin dan lembut!

Lepas itu, pakai toner yang mempunyai pH yang seimbang, dan seterusnya serum Vitamin C, dan kemudian cover kulit muka anda dengan pelembap.

Cara terakhir melibatkan sedikit makeup. Untuk “menajamkan” tulang pipi, pakaikan glow enhancer di serata kulit muka. Kulit anda gerenti akan nampak glowing. Kalau tak ada glow enhancer, illuminating primer pun boleh.

Kalau tak puas lagi, bolehlah pakai sedikit highlighter

Dah siap! Mudah kan? Bolehlah ‘fefeeling’ macam artis Korea lepas ni!

Sumber: www.eonline.com

Ad Ops