Categories: Oh Lawa

Yoga, Makanan Organik Dan Ulam-Ulaman, Petua Nora Danish Kekal Muda Dan Cantik

Makin beranak makin mengancam! Begitulah keadaannya aktres terkenal Nora Danish yang nampaknya tetap maintain sekalipun setelah melahirkan anak keduanya, Mohamed Neqayl Nedim, 4 bulan.  

Dengan anak kecil dan kesibukan menguruskan perniagaan selain bakal masuk ke set penggambaran tidak lama lagi, Nora masih punya masa menjaga kecantikan wajah dan tubuh. Bahkan sentiasa tampak muda berseri.

Pastinya lebih mudah sekarang selepas membuka salon iaitu KARVA Salon for Ladies by Nora yang terletak di G Village, Desa Pandan.

Ingin ketahui cara sebenar Nora Danish amalkan setiap hari demi menjaga kecantikannya? Jom baca temubual dengan selebriti jelita ini.

Foto: BeautifulNara

1. Siapakah ikon cantik anda?

Nora : Ramai wanita berwajah cantik. Jika mereka mempunyai hati yang bersih maka terpancarlah kecantikannya. Nora mengagumi keringkasan Angelina Jolie. She’s beautiful inside and out.

2. Rahsia anda untuk kekal tampak muda?

Nora: Rahsia? Tiada apa yang hendak dirahsiakan, memandangkan saya juga masih cuba untuk menjalani kehidupan yang sihat dengan mengamalkan diet yang sempurna, amalkan makan ulam-ulaman, makanan organik, minum air yang secukupnya, mengambil makanan tambahan juga melakukan senaman seperti yoga. Saya cuba untuk live a healthy life.

3. Ada sebarang minuman atau makanan yang anda amalkan untuk mengekalkan kesihatan dan tenaga.

Nora: Sure White, cuba dan rasakan sendiri.

4. Apakah masalah rambut terbesar anda? Dan bagaimana pula anda mengatasinya?

Nora: Sejak melahirkan Rayqal dan Ney Ney, rambut Nora makin kurang, biasalah perubahan hormon. Jadi sekarang Nora lebih utamakan pengambilan vitamin untuk rambut dan cuba elakkan terlalu banyak penggunaan bahan kimia. Nora juga dapatkan rawatan profesional di spa rambut. Dan juga Nora minum Sure White kerana ia juga bagus untuk menguatkan rambut.

5. Apakah kosmetik atau alat solek wajib setiap kali bersolek?

Nora: Item asas seperti maskara, pemerah pipi dan juga pensel kening.

6. Kongsikan rejim penjagaan kulit wajah anda setiap hari?

Nora: Saya amalkan pengambilan minuman tambahan Sure White sebaik sahaja bangun pagi. Dan untuk kesan yang lebih efektif, saya juga amalkannya sebelum tidur.

7. Bagaimana pula dengan senaman? Senaman apa yang anda lakukan? Dan sekerap mana?

Nora: Yoga dan MMA pabila berkelapangan. Memandangkan saya sibuk dengan penggambaran jadi soal masa agak terhad. Paling tidak saya cuba lakukan squat dan sit ups di rumah.

Sumber: Eh!

Yanie Baharom