Categories: Trending

Nurul Shamsul, Gadis Kelahiran Malaysia Pertama Berjaya Ke Pentas Akhir Miss Universe New Zealand

Walaupun dia bukanlah gadis Islam berhijab pertama yang menyertai pertandingan Miss Universe, namun, Nurul Shamsul telah mencipta sejarah dengan menjadi gadis Melayu pertama yang berjaya disenarai pendek antara 20 peserta pertandingan Miss Universe New Zealand.

Wanita melayu berdarah kacukan ini dikenali sebagai Nurul Shamsul, 20 tahun yang merupakan anak kelahiran Ampang tapi dibesarkan di New Zealand. Baru-baru ini, menerusi laman Instagramnya, Nurul menyatakan bahawa penyertaannya adalah bertujuan untuk mendapatkan dana bagi membantu kanak-kanak yang hidup miskin dan kebuluran.

Foto: Instagram Nurul Shamsul

Foto: Instagram Nurul Shamsul

Nurul juga berharap dengan penyertaannya dalam pertandingan ratu cantik ini dapat memberinya peluang untuk menolak stereotaip masyarakat yang menyatakan bahawa pertandingan ratu cantik tidak boleh disertai oleh wanita berhijab dan beragama Islam. Nurul yang juga penuntut di University of Waikato, berharap agar erti sebenar kecantikan dapat digambarkan dengan betul dan tidak hanya terhad kepada paras rupa dan bentuk badan semata-mata.

Untuk pengetahuan anda, pusingan akhir bagi Miss Universe New Zealand 2018 akan diadakan pada 4 Ogos 2018 di SKYCITY Theater.

Buat Nurul, semoga berjaya!

Sumber: Hijabista

tex_admin