Categories: FeaturedSihat

5 Manfaat Buah Nangka Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Anda

Tahukah anda, buah nangka antara salah satu buah yang mempunyai banyak khasiat dan bermanfaat untuk kehidupan seharian?

Kalau anda nak tahu, buah nangka ini sangat bagus untuk melancarkan sistem penghadaman tubuh kita. Bukan sahaja isinya yang manis, malah bijinya juga boleh dimakan! Bagi anda yang menggemari buah nangka, ini antara khasiatnya yang perlu anda tahu.

Foto: Merdeka.com

1. Lawan kanser

Menurut para saintis, buah nangka antara salah satu makanan anti-kanser. Ini kerana, buah ini mengandungi nutrien phytonutrients yang mampu melawan punca kanser.

2. Lawan kedutan

Untuk pengetahuan anda, campuran biji nangka dengan susu segar dapat menghilangkan kedutan ringan di wajah. Caranya adalah dengan merendam biji nangka dalam susu sejuk seketika, kemudian, kisarkan campuran tersebut. Setelah itu, sapukan pada kedutan pada wajah. Amalkan setiap hari.

3. Sihatkan rambut

Jika anda mengalami masalah rambut yang lambat panjang, anda boleh mencuba petua ini dengan makan biji nangka. Basuh bersih biji nangka tersebut, rebus sehingga empuk dan boleh dimakan. Biji nangka juga boleh membantu melancarkan edaran darah pada kulit kepada sekaligus mampu menyuburkan rambut.

4. Kulit cantik

Kalau anda nak kulit cantik atau ingin mengekalkan kecantikan kulit, anda boleh rendamkan biji nangka dalam susu bersama madu. Kemudian, kisar semua bahan tersebut dan sapukan pada keseluruhan wajah. Biarkan sehingga kering dan bilas bersih.

5. Kaya dengan vitamin A

Kalau anda nak tahu, vitamin A terkandung dalam biji nangka dan ia merupakan khasiat utama yang diperlukan oleh rambut. Vitamin A akan membantu mencegah rambut rapuh (rontok) dan kering.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan khasiat buah nangka ini untuk kesihatan dan kecantikan anda!

Sumber: Wanista

tex_admin