Bila Ronaldo Naik Angin…Ini Jadinya!

Marah dengan tindakan pengurusan, bintang bola sepak terkenal nekad meninggalkan pasukan Real Madrid!

Menurut laporan media Portugal, Cristiano Ronaldo membuat keputusan selepas tidak berpuas hati dengan pengurusan tertinggi yang didakwa mungkir janji mengenai tawaran dalam kontrak baharunya.

Ejen Ronaldo, Jorge Mendes telah dimaklumkan oleh Pengurus Besar Real, Jose Angel Sanchez bahawa tuntutan bintang Portugal itu tidak dapati dipenuhi semasa rundingan pembaharuan kontraknya diadakan.

Selain itu, keputusan Ronaldo itu turut didorong oleh tindakan Real yang ingin membawa masuk Neymar dari Paris Saint-Germain.

Berkemungkinan Ronaldo ‘terasa’ hati melihat usaha Real untuk membawa masuk Neymar sebagai rancangan untuk menggantikan dirinya.

Ditambah dengan perletakan jawatan, Zinedine Zidane baru-baru ini menguatkan lagi hasrat Ronaldo untuk mengucapkan selamat tinggal walhal kontrak semasa Ronaldo akan berakhir pada Jun 2021.

SGMS Faida