Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops June 23, 2018 @ 9:00am

Padankan Baju Raya Dengan Kasut ALDO Mengikut Gaya Dan Personaliti Anda

Sepanjang bulan Syawal, antara aktiviti yang menjadi tradisi selain menikmati juadah enak seperti lauk-pauk Raya adalah untuk menziarahi keluarga dan sudara mara tercinta. Masa menziarahi ini adalah waktu yang ditunggu-tunggukan untuk menonjolkan gaya outfit Hari Raya yang diidami.

Mengikuti trend terkini, elemen sepatu juga memain peranan penting dalam memberikan gaya raya yang eksklusif tersendiri. Tahukah anda? Anda boleh tonjolkan personaliti tersendiri melalui padanan busana dan kasut yang anda pilih!

Jika anda sedang mencari sepasang kasut raya yang sesuai dengan personaliti tersendiri, kedai kasut, tas tangan dan aksesori ALDO semestinya boleh membantu. Dengan koleksi barangannya yang meluas, ALDO gerenti ada sepasang kasut khas untuk anda.

Bagi anda yang gemarkan kasut bertumit tinggi, ALDO menawarkan pelbagai design yang simple tapi classy, seperti Astoedda, Kern dan Welicien.

Astoedda dan Kern datang dengan hiasan tersendiri, berbanding dengan Welicien yang berlainan kerana permukaan lace yang memberi corak dan detail menarik kepada rupa keseluruhannya. Jika anda tak meminati warna pink beige ini, ketiga-ketiga kasut ini datang juga dengan warna hitam.

Selain itu, ALDO juga menawarkan kasut-kasut wanita yang tak terlalu tinggi dan tirus tumitnya, tapi tetap nampak ladylike.

Uffogliano nampak sama seperti Welicien tapi tumitnya lebih rendah. Sansperate pula memiliki reka bentuk yang simple dan klasik. Kedua-duanya mempunyai dua warna, iaitu beige dan hitam.

Kasut Doublin yang berjenis slip-on ini juga dikeluarkan dalam dua warna berbeza dan ianya lain daripada skim warna hitam, putih atau pink beige yang biasa kita lihat melalui keluaran kasut-kasut ALDO.

Jika baju anda tidak serupa warnanya dengan biru atau jingga ini, padankan saja dengan baju berwarna hitam. Pastinya kasut tersebut akan terserlah.

Untuk style yang lebih casual, ALDO menawarkan kasut platform sandals yang dinamakan Sheyla, serta wedge sandals bernama Vydien.

Ia memberikan rupa ladylike kepada si pemakai dan pada masa yang sama, keselesaannya terjamin. Sarung saja! Sheyla yang berwarna emas dihiasi dengan glitter, manakala Vydien pula datang dengan buckle yang dihiasi dengan permata rhinestone. Yang pastinya, bahagian kaki anda takkan nampak terlalu simple.

Pilihan Kasut Raya Yang Bukan Konvensional

Walau bagaimanapun, tak semestinya seseorang wanita itu harus tampil anggun dan ayu setiap kali dia ingin bergaya. Sebaliknya, dia berhak untuk tampil sebagaimana yang dia suka, mengikut citarasa, personaliti dan keselesaannya sendiri.

Dan untuk menyenangkan kaum wanita di luar sana, selain kasut bertumit, ALDO juga menawarkan rangkaian kasut flats yang jauh lebih casual. Sepatu-sepatu ini sesuai sangat untuk mereka yang lebih pentingkan keselesaan dan belum biasa pakai kasut bertumit. Jangan risau, anda masih boleh bergaya!

ALDO juga memudahkan keadaan kerana ia beri pilihan warna-warna yang boleh disesuaikan dengan apa saja warna baju anda.

Option pertama yang kami cadangkan ialah kasut sandal Eloima, yang mudah sangat untuk dipakai. Highlightnya adalah batu-batu atau manik yang menghiasi talinya. Tak adalah ia nampak terlalu biasa.

Jika anda mahukan gaya kasut bertutup, pilihan kasut slip-on loafers Jille atau sneakers bertali Jacobe adalah untuk anda.

Dari jauh Jille nampaknya memiliki reka bentuk yang simple, clean cut dan straight forward tapi jika anda lihat dengan lebih terperinci, permukaan kulit tiruannya menampilkan corak kulit ular yang berikan kelainan.

Rekaan kasut Jacobe pula menampilkan corak yang unik dan memberi satu ilusi yang menarik untuk digayakan bersama busana moden Aidilfitri.

Corak-corak ini yang diukir dengan laser pasti berikan rupa unik kepada kasut anda. Bukan itu saja! Di celah-celah setiap ukiran tersebut, berlian tiruan dilekatkan untuk tambahkan “bling”. Memang nampak lebih rugged!

Jacobe datang dengan 2 warna iaitu putih dan merah jambu lembut. Jika anda mahukan sesuatu yang lebih ekstra, pilihlah kasut Olallie. Ia serupa saja dengan Jacobe tapi salah satu keluarannya adalah berwarna rose gold. Permukaan metallic ini akan menyerikan lagi baju kurung anda jika ia nampak terlalu simple.

Untuk penampilan sporty, anda boleh pilih untuk memakai kasut high-top sneakers ALDO yang bergelar Naven.

Ia bukan saja bertapak tebal untuk memberikan keselesaan, tapi mudah untuk dipakai kerana adanya zip. Bahagian tepinya pula mempunyai hiasan studs berkilat untuk tambahkan oomph.

Sementara itu, ALDO tak juga lupa kepada kaum Adam! Sempena Hari Lebaran ini, ia menawarkan rangkaian kasut yang juga boleh dipilih mengikut keselesaan si pemakai. Nak yang nampak smart, boleh cuba Royton atau Kip! Bagi penampilan casual, cubalah Brilisen.

Anda dah lihat, kan? Sudah terbukti yang ALDO menawarkan pelbagai jenis kasut untuk pelbagai jenis personaliti dan citarasa.

Jadi jika anda masih mencari kasut untuk disesuaikan dengan baju Raya anda, atau apa saja fesyen pakaian, anda tahu di mana nak cari, kan? Bukan untuk menyambut Hari Raya saja, untuk apa-apa occasion pun boleh!

Cepat-cepat ke butik ALDO yang berdekatan pada bulan Syawal ini, kerana ada banyak promosi menarik yang menanti anda!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 22 Mar 2019
Oh Lawa Tue, 18 Sep 2018
Oh Lawa Fri, 20 Jul 2018

Fashion Forward Batik Kelantan Antara Projek Menarik Di KLFW 2018

KLFW menunjukkan sokongannya terhadap industri tekstil negara apabila menampilkan inisiatif Fashion Forward Batik Kelantan.

Oh Lawa Wed, 26 Dec 2018

Kecantikan Memukau Anzalna Kini Boleh Dipraktikkan!

Bukan saja cantik dan berbakat, Anzalna juga seorang figura dengan personaliti menyenangkan.

Featured Tue, 7 Apr 2020

Rahsia wajah runcing dan awet muda dengan kaedah urutan Gua Sha

Katakan tidak pada pembedahan kosmetik!

Oh Lawa Tue, 19 Jun 2018

Buat Si Cantik Berkulit Sawo Matang, Ini 5 Warna Gincu Perfect Untuk Anda

Memilih warna gincu yang sesuai dengan warna kulit tentunya akan membuat look anda semakin menawan.

Oh Lawa Mon, 15 Jul 2019
Featured Fri, 15 May 2020
Oh Lawa Mon, 24 Dec 2018
Oh Lawa Mon, 29 Oct 2018

Tubuh Terlalu Kurus? Gayakan 5 Jenis Fabrik Ini Dalam Mencipta Ilusi Tubuh Lebih Mengancam!

Garis melintang dan fabrik knitted antara jenis fabrik yang mampu menutup kekurangan tubuh anda yang terlalu kurus.

error: Content is protected !!