Categories: Parenting

3 Perkara Yang Anda Perlu Elak Ketika Mengajar Anak Berpuasa

Semua ibu bapa inginkan anak mereka untuk mula berpuasa penuh secepat mungkin agar dia dapat menimba pahala.

Untuk berbuat demikian, para ibu bapa mestilah tahu cara-cara yang betul untuk menggalakkan anak mereka supaya mula berpuasa.

Walaupun niat mereka baik, kadangkala mereka menggunakan pendekatan yang salah dan ini mungkin memberi kesan yang tidak baik kepada si anak.

Ini dia 3 perkara yang anda perlu ingat jika anda ingin anak anda belajar berpuasa dengan efektif:

1. Jangan janjikan ganjaran

Kalau bukan musim berpuasa pun, ramai ibu bapa yang menggunakan teknik di mana mereka memberi “rasuah” kepada anak mereka dengan harapan anak itu melakukan apa yang disuruh.

Contohnya: “Nak coklat, tak? Kalau nak, pergi kemaskan barang mainan adik. Bila dah kemas baru ibu bagi coklat.”

Sebagai ibu bapa, anda memanglah patut berikan motivasi. Tapi jika anda menjanjikan ganjaran setiap kali anda menyuruhnya untuk membuat sesuatu, sampai bila-bila pun dia akan expect anda akan berikannya hadiah.

Anda harus memintanya untuk berpuasa dengan ikhlas supaya lama-kelamaan ibadah ini lebih mudah untuk diamalkan.

Lagipun, jika anda berikan ganjaran, ia bercanggah dengan maksud sebenar berpuasa, iaitu “menahan diri”.

2. Sediakan aktiviti yang menyeronokkan

Anak-anak kecil mudah rasa bosan dan mereka amat perlukan aktiviti yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi pada bulan puasa ini.

Anda tahu kenapa? Aktiviti ini dapat mengisi minda serta masa lapang mereka. Apabila mereka sibuk dan perhatian mereka tertumpu kepada aktiviti ini, tak adalah mereka terfikir tentang lapar dan dahaga.

Jadi anda perlu pastikan yang anak anda sentiasa ada sesuatu untuk dibuat, tak kiralah aktiviti beribadah ataupun permainan.

Foto: umamahlearningacademy.blogspot.com

3. Jangan taruh harapan tinggi

Jika anda imbas kembali masa anda mula-mula berpuasa, anda mesti faham yang tak semua orang boleh berjaya berpuasa dengan sekali cuba. Ada yang mula dengan “puasa separuh hari”. Anak anda pun berhak untuk lalui “baby steps”.

Jika anda memaksa mereka, mereka akan merasa tertekan dan lagi susah untuk mereka berpuasa dengan ikhlas.

Sebaliknya, anda perlu sabar dan biarkannya belajar sikit demi sikit. Good luck!

Sumber: theAsianparent

Ad Ops