Parenting By: tex_admin May 24, 2018 @ 11:00am

Kalau Tak Nak 5 Risiko Ini Berlaku, Fikir Dahulu Sebelum Beri Anak Anda Puting Tiruan

Ramai dalam kalangan ibu menggunakan puting tiruan atau pacifier untuk menenangkan bayi mereka. Sebenarnya puting ini memang membantu untuk menenangkan bayi anda, tetapi anda juga perlu tahu akan risikonya terutama faktor keselamatan.

Ini antara kesan negatif yang akan berlaku sekiranya anda memberi puting tiruan kepada bayi:

1. Mengganggu penyusuan bayi

Foto: Parriots

Sekiranya anda memberi puting tiruan pada awal selepas kelahiran bayi ia boleh mengganggu penyusuan ibu. Untuk pengetahuan anda, hisapan pada payudara, botol dan puting tiruan adalah berbeza.

Terdapat beberapa kajian mendapati bahawa sesetengah bayi yang diberikan puting pada awal usia bayi, penyusuan ibu mereka menjadi kurang kerap sekaligus menyebabkan penyusuan susu ibu tidak dapat bertahan lama.

2. Kebergantungan kepada puting

Foto: Mom Love Best

Bayi anda akan menangis dan kurang selesa apabila tiada puting atau puting terjatuh dari mulutnya. Cuba anda bayangkan jika puting tertinggal atau hilang, tentu suasana akan jadi haru biru! Mood bayi anda juga akan terganggu.

3. Meningkatkan risiko jangkitan telinga

Foto: Ikon

Jangkitan telinga tengah akan berlaku apabila bayi berumur 6 bulan ke atas kerana kuman yang terdapat pada puting. Ia dinamakan otitis media.

4. Mengganggu pertumbuhan gigi

Foto: NRTV

Ketahuilah bahawa, penggunaan puting dalam masa yang lama boleh meningkatkan risiko masalah gigi bayi anda. Ia boleh meningkatkan gigi susu tumbuh tidak teratur atau sedikit terkeluar.

5. Masalah cerai puting

Foto: Thenewageparents

Ada sesetangah kanak-kanak bercerai puting pada usia 2 tahun dan ada yang lebih lewat sehingga 4 tahun. Anak anda yang sudah biasa menghisap puting setiap hari akan menyebabkan dia sukar untuk bercerai dengan puting.

Bagi anda yang sudah memberikan puting tiruan ini kepada anak, mungkin boleh mulakan pendekatan untuk menceraikan puting. Jangan biarkan terlalu lama anak memuting! Dapatkan nasihat doktor sekiranya anak tidak mahu berpisah dengan puting.

Sumber: Majalah Pama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Aug 2018

Lima Cara Membersihkan Kerak Kepala Bayi, Selamat Dan Tidak Menyakitkan!

Kerak ini kelihatan seperti kulit mengelupas, kulit kering dan kelemumur.

Parenting Wed, 18 Apr 2018

Tak Nak Anak Lemas Ketika Tidur? Ikuti Tip Posisi Tidur Yang Betul Oleh Doktor Ini

Jangan ambil mudah tentang posisi tidur anak anda. Ikuti tips ini.

Parenting Wed, 6 Feb 2019
Featured Thu, 14 Jun 2018
Featured Thu, 24 Jan 2019

‘Tolonglah periksa beg sekolah anak-anak’ – saran seorang guru

6 perkara wajib diajukan kepada anak-anak turut dikongsikan guru ini. 

#BabyXTRA Fri, 5 May 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Neelofa Semakin Aktif, Banyak Makan Suplemen Kalsium Elak Rasa Lenguh Badan!

Semoga urusan bersalin baby kedua Neelofa akan dipermudahkan segalanyaaa ❤️❤️

Cahaya Mata Mon, 30 Jan 2023
Parenting Wed, 17 Jan 2018

Adab Anak Di Rumah Orang

Entri Chef Selebriti Chef Wan di laman Instagram mengenai anak-anak tetamu di rumah terbuka yang nakal, membazir makanan dan menyerakkan rumah, tular sehingga mendapat perhatian netizen tidak berapa lama dahulu. Ketika menjadi tetamu ‘Wanita Hari […]