Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 19, 2023 @ 7:19pm

Pasangan Mempelai, Janna Nick & Dini Schatzmann Serikan Slot Sakura TV3!

Ingin menghilangkan stres dan mendapatkan mood ceria selepas seharian bekerja atau menguruskan rumah tangga? Jom layan Cik PA Tuan Ash, drama bersiri genre romantik komedi yang menampilkan pasangan suami isteri Dini Schatzmann dan Janna Nick sebagai tunjang utama menerusi slot Sakura, setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 6.00 petang di TV3 dan strim eksklusif HD di www.tonton.com.my mulai 20 Julai 2023.

Drama bersiri 20 episod ini merupakan terbitan Tanah Beris Film Production Sdn Bhd, diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan nukilan skrip oleh Zyza Backy. Cik PA Tuan Ash turut dibarisi oleh pelakon berpengalaman seperti Alvin Chong, Raja Azura, Jaafar Onn, Syarafi Sudarmaji, dan ramai lagi.

Tuan Ash (Dini Schatzmann) seorang yang berkerjaya dan hebat dalam urusan kerjanya. Kehebatannya dalam menguruskan syarikat tidak mencerminkan kehebatannya dalam memilih calon isteri. Tuan Ash menghadapi kesukaran dalam mencari kekasih untuk dikahwininya. Sering diperli oleh rakan-rakan seumurnya, Tuan Ash bertekad untuk mencari cintanya sebelum berumur 31 tahun. Adakah Tuan Ash berjaya mencapai sasarannya seperti dia berjaya menguruskan syarikat?

Oleh kerana kerap gagal dalam usahanya untuk mengenali seseorang, Tuan Ash telah mengambil Husna (Janna Nick) sebagai pembantu peribadinya. Husna bukan sahaja membantu Tuan Ash dalam urusan kerja, malah Husna juga berperanan untuk membantunya untuk mengenali wanita – wanita yang ingin dijadikan calon isteri. Setiap tindakan Tuan Ash ketika berurusan dengan calon kekasihnya dijalankan melalui nasihat dan cadangan yang diberikan oleh Husna.

Namun, Tuan Ash juga seorang bos yang sangat mementingkan kesempurnaan dan meletakkan kepercayaan penuh pada Husna tidak kira urusan rasmi atau peribadi. Oleh yang demikian, Husna terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga dia langsung tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.

Konflik memuncak apabila Husna meletakkan jawatan sebelum Tuan Ash mencapai sasarannya untuk berkahwin. Keputusan itu dilakukan oleh Husna kerana dia terlalu sibuk dengan urusan percintaan Tuan Ash sehingga dia pula menyisihkan kekasihnya, Sam (Alvin Chong). Mampukah Tuan Ash mencari pasangan hidupnya tanpa bantuan Husna? Adakah Husna dapat mengejar cintanya kembali?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Cik PA Tuan Ash menerusi slot Sakura, bakal bersiaran mulai 20 Julai 2023, setiap Rabu dan Khamis pada jam 6.00 petang di TV3 dan strim eksklusif HD di www.tonton.com.my. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Jul 2022
Hiburan Wed, 21 Aug 2024
Featured Fri, 10 Sep 2021

“Macam Muka Puteri Raja..”- Kecantikan Anak Gadis Fiza Halim Curi Perhatian Ramai

Kecantikan anak gadis kepada pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim berjaya mencuri perhatian orang ramai. Baru-baru ini, Fiza berkongsi beberapa foto anak dara suntinya di laman Instagram setelah lama tidak bersua muka. Menerusi […]

Featured Mon, 12 Jun 2023

Isu Buka Tudung Sehingga Kaitkan Arwah Bapa, Alya Iman Tampil Beri Respons

Amboi kemain netizen sampai libatkan arwah ayah dia 🥲

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

费玉清宣布退出演艺圈!亲笔信:失去双亲没了动力

费玉清出道46年,9月27日宣布于「2019年巡回演唱会」结束后,将正式退出演艺工作!

Featured Mon, 13 Jan 2025

Amira Othman Perjelas Dakwaan Bercinta, Mengaku Hanya Tumpang Populariti Fattah Amin

Hubungan mesra yang terjalin antara dirinya dan Fattah hanyalah atas urusan kerja sahaja.

Events Wed, 19 Dec 2018

黄诗棋生了!跨界美业品牌研发新产品

Yumi黄诗棋跨界美发业品牌!自创新产品,让她兴奋直呼“这就像自己的宝宝~”

Featured Mon, 23 Jan 2023
Hiburan Sat, 5 Jul 2025
error: Content is protected !!