Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 5, 2026 @ 11:43am

“Pemergian Mengejut Paling Menyakitkan” – Aizat Amdan Masih Trauma Kehilangan Abang Tersayang

Penyanyi Aizat Amdan mengaku pemergian abangnya, Amir Amdan yang meninggal pada 14 Mei lalu secara mengejut ternyata memberikan impak besar terhadap dirinya.

Kata Aizat, pemergian yang berlaku sejurus selepas sidang media pelancaran lagunya berjudul, Ajar Aku bersama Sekumpulan Orang Gila (SOG) itu  membuatkan dia berasa trauma.

“Sejujurnya, saya tidak sangka insiden itu berlaku sejurus selepas sidang media pelancaran lagu Ajar Aku bersama SOG.

“Sampai sekarang saya masih teringat-ingat. Walaupun sudah hampir tiga minggu berlalu, rasanya seperti baru semalam berlaku.

“Bagi saya, kehilangan secara mengejut adalah yang paling menyakitkan. Arwah tidak sakit. Kami tidak nampak sebarang tanda dia mempunyai masalah kesihatan. Memang ajalnya sudah sampai dan itulah yang membuatkan kehilangan itu terasa lebih berat,” katanya.

Aizat berkongsi perkara demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran showcase Spotlight KL Convention Centre bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Khamis.

Berkongsi mengenai hubungannya bersama Allahyarham, Aizat mengakui hubungannya bersama arwah begitu rapat selepas perpisahan ibu dan bapanya memandangkan arwah Amir juga merupakan anak sulung dan  sering menjadi tempat rujukan adik-beradik lain.

Malah, arwah juga menjadi tunjang utama kepada penubuhan syarikat pengurusan artis miliknya iaitu Kasi Gegar Entertainment.

“Apabila Amir pergi, ia memberi kesan besar kerana dia anak sulung dan secara tidak langsung menjadi ketua dalam keluarga kami.

“Namun, dia bukan seorang ketua yang suka mengarah. Dia memimpin dengan caranya sendiri melalui sikap mesra, penyayang dan sentiasa mengambil berat tentang kami.

“Dan kalau nak diikutkan, nama syarikat saya iaitu Kasi Gegar Entertainment pun daripada arwah. Dialah yang mencadangkan nama itu.

“Arwah juga individu pertama yang menguruskan kerjaya saya selepas saya melangkah ke dalam industri seni. Selepas keluar daripada Maestro, dialah yang menjadi pengurus saya,” jelasnya.

Mengulas mengenai punca kematian pula, Aizat memaklumkan, arwah pada awalnya pergi ke klinik bagi mendapatkan rawatan selepas mengadu sakit dada sebelum rebah di hadapan klinik berkenaan.

“Sebenarnya, arwah memang tidak mempunyai sebarang penyakit. Tiada tanda-tanda awal atau sejarah keluar masuk hospital. Semuanya berlaku secara tiba-tiba.

“Dia mengadu sakit dada dan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Namun, dia rebah di hadapan klinik. Saya difahamkan ia berkaitan serangan jantung,” kongsinya.

Terdahulu, Amir disahkan menghembuskan nafas terakhir pada 14 Mei lalu.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri Aizat menerusi perkongsian yang dibuatnya di Instastory.

Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana pada keesokan harinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 May 2019
Featured Tue, 18 May 2021

Kerajaan Digesa Lakukan ‘Total Lockdown’ Di Selangor & Kuala Lumpur

Berikutan kes COVID-19 yang  semakin menunjukkan trend peningkatan, kerajaan digesa melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh di Selangor dan Kuala Lumpur. Menurut Ahli Kumpulan Penasihat, Rangka Kerja Kesiapsiagaan Pandemik Influenza Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) […]

Events Wed, 18 Jan 2023
Trending Thu, 20 Jun 2019

Isteri Sultan Kelantan Buka Akaun Instagram, Kongsi Detik Manis Perkenalan

Rihana Oksana kini membuka akaun rasmi Instagramnya dan dilihat aktif berkongsi beberapa foto peribadi bersama suami dan puteranya. 

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Semangat ‘Abah’ Sentiasa Dekat -Neelofa

Syawal luar biasa bagi Neelofa & keluarga tahun ini…

Trending Sun, 11 Apr 2021

Muncul Dengan Single Baharu, Anuar Zain Gamit Sanubari Menerusi ‘Sendiri’

Penyanyi popular, Anuar Zain kini tampil mengubat kerinduan dengan single baharu, Sendiri. Bekerjasama dengan komposer tersohor, Farouk Roman, dan penyanyi meningkat naik, Aisha Retno selaku penulis lirik, magis jelas tercipta dalam Sendiri. Gabungan nama senior […]

Hiburan Wed, 11 Oct 2023
error: Content is protected !!