Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir December 7, 2022 @ 5:44pm

Pengsan Ketika Jawab Exam, Zaki Yamani Dikejarkan Ke Hospital

Penyanyi Zaki Yamani dikejarkan ke sebuah pusat perubatan kerana pengsan sewaktu menjalani peperiksaan di sekolah.

Memetik laporan Harian Metro, ibunya, Fatimatuzahra Samad memberitahu badannya terlalu lemah kerana Zaki mengalami demam dan semput.

Menurutnya, dia hanya mengetahui berita anaknya demam selepas dihubungi pihak sekolah.

“Saya pun baru tahu sebab semalam dia okay saja sewaktu hadir sebuah sidang media. Saya dihubungi guru kelasnya dan terus ke sekolah untuk membawanya ke hospital.

“Sepatutnya doktor menasihatkan dia ditahan di wad tetapi Zaki mahu berehat sepenuhnya di rumah kerana Jumaat ini kena hadir latihan konsert.

“Sekarang dia masih tidur tapi keadaannya okay. Dia memang kurang rehat sejak kebelakangan ini selain sekarang pun musim senang diserang demam,” ujarnya.

Sebelum ini, anak kepada penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah pernah mengalami insiden seperti ini.

Tambah ibunya, kesihatan Zaki merosot akibat terlalu penat dan bukan menghidapi penyakit kritikal dan dinasihatkan supaya kembali membuat pemeriksaan lanjut keadaanya pada sebelah malam.

“Dia pun memang tak henti bekerja sejak akhir-akhir ini. Mujur keputusannya negatif untuk ujian saringan Covid-19. Dia cuma terlalu kurang rehat hingga demam dan semput.

“Kalau kena tahan susah juga, jadi saya minta untuk rehat di rumah. Dia pun mahu berada di rumah kerana lebih mudah. Jika malam masih teruk demamnya, perlu dibawa ke hospital lagi,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Mar 2020

KKM tambah 10 makmal untuk saringan COVID-19

Insiatif kesan pesakit diperhebat

Events Fri, 3 Oct 2025

Sukarelawan GSF & 23 Peserta Malaysia Dipindahkan Ke Penjara Paling Ketat Isr**l

Kesemua mereka dilaporkan ditahan di
penjara paling ketat.

Hiburan Fri, 9 Aug 2019

Adira Jawab Gosip Cerai…

Tipulah kalau sepanjang berkahwin tak pernah gaduh dan berselisih pendapat.

#tilljannah Fri, 27 Jan 2023

[VIDEO] Kongsi Majlis Sambut Menantu, Reen Rahim Geram Dengan Muka ‘Serius’ Adik Ipar – “Dia Ingat Dia Nak Pergi Perang Ke…”

Pelakon Reen Rahim telah menghadiri kenduri sambut menantu yang diadakan di kampung suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin di Sungai Besar, Selangor, baru-baru ini. Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Reen atau nama sebenarnya […]

Featured Wed, 11 Mar 2020
error: Content is protected !!