Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 14, 2018 @ 8:51am

Persiapan Menyambut Ramadhan Nabil Tahun Ini Luar Biasa!

Alhamdulillah! Pengacara popular Nabil Ahmad, bersyukur niat untuk menghantar tiga peminatnya mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah sempena menyambut kedatangan Ramadan menjadi kenyataan.

Tiga peminat yang terpilih, Zaharah Teh, 69, Zaime Abu Yamin, 47, dan Mohammad Shahrul Mohammad Nazal, 27, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka pulang ke tanah air pada 23 Mei ini.

Nabil yang turut menghantar tiga jemaah itu di KLIA berkata, dia sudah lama berniat melunaskan hasrat peminat yang kurang berkemampuan supaya berpeluang menjejakkan kaki dan merasai pengalaman manis di Tanah Suci.

“Saya pernah ditaja seorang hamba Allah ketika kali pertama menunaikan umrah. Setiap kali menjejakkan kaki di Tanah Suci, saya selalu berniat menaja mereka yang kurang berkemampuan untuk menikmati pengalaman sama.

“Alhamdulillah, saya mulakan dengan menaja tiga peminat dahulu. Saya lakukan semua ini bukan mahu menunjuk atau riak, tetapi Allah SWT dorongkan saya supaya ikhlas membantu mereka yang begitu teringin mahu menjejak kaki ke Tanah Suci,” katanya kepada BH Online.

Nabil yang berkongsi rezeki itu sempena ulang tahun ke-10 pembabitannya dalam industri hiburan berkata, tidak banyak yang dimintanya kecuali mereka hanya mendoakan kejayaan dan keberkatan untuk dirinya dan keluarga di dunia serta akhirat.

Nabil berkata, tiga peminat itu hanya membayar RM3,000 sebagai pendahuluan, selebihnya ditanggung pengacara program popular itu.

“Diikutkan, ada hamba Allah yang mahu menaja, tetapi menarik diri pada saat akhir. Jadi, saya bertanggungjawab sepenuhnya kerana sudah berjanji. Saya anggap ini sebagai saham akhirat.

“Saya keluarkan wang simpanan untuk menampung bayaran selebihnya. Ia menjadi hadiah istimewa kepada peminat sebagai penghargaan atas doa dan sokongan yang diterimanya selama sedekad dalam industri hiburan,” katanya yang tidak berkesempatan bersama kerana terikat dengan beberapa tuntutan kerja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Featured Tue, 17 May 2022

“Tak Mampu Jangan Ajak!” – Gadis Perlekeh Lelaki Bawa Dating Di Drive-Thru

Masing-masing ada citarasa tersendiri tapi jangan sampai perlekeh orang lain… Kalau korang first date nak keluar makan dekat mana?

Hiburan Tue, 3 Dec 2019

Tiada Penyingkiran! Tujuh Protege Mara Ke Separuh Akhir!

Jangan lupa saksikan separuh akhir Mentor Milenia 2019 Ahad ini jam 9 malam!

Featured Wed, 7 Dec 2022

Kongsi Video Di Hospital, Ramai Cemburu Cara Izzue Islam Layan Isteri Penuh Kasih Sayang – “Setia & Bahagia..”

Bagus Izzue ni. Seorang suami yang sangat penyayang dan setia! Moga dipermudah segala urusan ❤️

Hiburan Thu, 13 Jun 2019
Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Featured Mon, 30 Jan 2023
Featured Fri, 8 Aug 2025
error: Content is protected !!