Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 26, 2024 @ 1:38pm

Puteri Khareeza Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan Selepas 4 Bulan Berkenalan

Pelakon dan penyanyi Puteri Khareeza selamat berkahwin dengan jejaka pilihannya yang juga ahli perniagaan, Mohd Shukor Kamaruddin,35, pada 24 Februari lalu.

Menurut Puteri Khareeza atau nama sebenarnya Puteri Aszfaryna Khareeza Arif,26, dia nekad untuk berkahwin dengan suaminya itu selepas empat bulan berkenalan.

Difahamkan, pelakon itu juga telah melangsungkan majlis resepsi yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat di Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC), Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

“Alhamdulillah majlis akad nikah berjalan dengan lancar dan mengikut seperti yang dirancang.

“Kami selamat diijabkabulkan kira-kira jam 5 petang semalam dan majlis resepsi diadakan pada sebelah malam di lokasi sama.

“Bagaimanapun majlis ini hanya dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat saja,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Puteri telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,704.98 yang juga simbolik tarikh ulang tahun kelahirannya serta tujuh dulang hantaran berbalas lima ketika majlis pernikahan berlangsung.

Dalam pada itu, pelakon drama Kerana Cinta Itu Ada itu juga sempat berkongsi perkenalan singkatnya bersama suaminya sejak Oktober lalu.

“Perkenalan kami agak lucu apabila Shukor ‘masuk’ dalam siaran langsung saya di TikTok. Kemudian kami berkenalan di ruangan mesej peribadi.

“Saya pernah berada pada fasa hubungan yang agak lama tapi tidak menjadi. Jadi apabila dipertemukan dengan insan yang matang dan bersedia untuk berkahwin, saya yakin inilah waktu terbaik.

“Kami tidak mengadakan majlis pertunangan pun, sebaliknya hanya majlis merisik untuk menentukan tarikh perkahwinan,” jelasnya.

Tambah Puteri, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi kisah peribadi lebih-lebih lagi kisah cintanya bersama Shukor di media sosial.

“Bagi saya media sosial bukan platform untuk berkongsi perihal cinta. Saya lebih selesa kehidupan peribadi saya hanya diketahui orang terdekat saja.

“Kalau boleh saya memang nak adakan majlis pernikahan ini secara tertutup, tapi apabila dah jemput rakan-rakan dan saudara-mara saya tak boleh nak mengawalnya.

“Tapi saya okey saja untuk berkongsi status saya sekarang dan bersyukur majlis pernikahan berjalan dengan lancar,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Feb 2026
Featured Fri, 25 Jul 2025

“Wannabe Gangster, Kaki Buli Memang Tak Cool!”- Alif Satar

Kata Alif, jadi gangster atau kaki buli tak ada siapa yang akan hormat.

Featured Mon, 27 Dec 2021

Demi Lovato Mempersembahkan Lagu Di Hadapan Hantu

Penyanyi dan pelakon Hollywood Demi Lovato menyelami aktiviti paranormal dalam program TV terbarunya, Undentified With Demi Lovato. Di dalam episod kedua program itu, Demi bersama rakannya dan seorang penyiasat paranormal, Chris Smith pergi ke sebuah […]

Hiburan Sun, 25 Jan 2026

“Terima Kasih Kerana Bertanya & Mendoakan Anak Saya” – Bapa Mia Sara

Ridhuan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat dan bertanyakan khabar mengenai Mia Sara.

Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Hiburan Fri, 8 May 2026

Bintang Cantik Thailand Anyarin Sofia Boleh Berbahasa Melayu, Kini Cuba Nasib Sebagai Penyanyi Di Malaysia!

Bintang cantik berasal dari Thailand, Anyarin Sofia kini semakin aktif mengembangkan kerjayanya di Malaysia

Featured Thu, 21 May 2026

Ikmal Amry Mengaku Isteri Tak Restu Tayang Badan – “Memang Tak Boleh Nak Elak, Tapi Kalau Sendiri Post Maknanya…”

Ikmal Amry mendedahkan isterinya berasa kurang selesa melihat dirinya terlalu kerap menayangkan badan di media sosial.

error: Content is protected !!