Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 16, 2025 @ 8:39pm

Rezeki Makin Murah! Ayam Goreng Amir Raja Lawak Dapat Pujian Setaraf Jenama Antarabangsa

Pelawak dan pelakon terkenal, Amir Raja Lawak, kini semakin kukuh mengukir nama sebagai usahawan selepas perniagaan ayam goreng miliknya menerima pujian daripada ramai pelanggan, termasuk tokoh perniagaan ternama Kelantan, Dr Afif Mohd Ridzwan.

Dr Afif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain mengakui kagum dengan kualiti ayam goreng jenama APFC (Amir Premium Fried Chicken) yang diusahakan Amir, malah menyifatkannya setanding dengan jenama antarabangsa.

“Rasa ayam goreng Amir memang luar biasa. Ia tidak terlalu berminyak dan mempunyai tekstur yang rangup serta perapan yang sedap. Kalau kualiti ini terus dikekalkan, saya yakin perniagaan Amir boleh pergi jauh,” katanya ketika berkunjung ke premis Amir di Medan Usahawan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, baru-baru ini.

Turut hadir memberikan sokongan ialah pelakon dan aktivis masyarakat, Lando Zawawi.

Menurut Dr Afif yang berpengalaman hampir dua dekad dalam dunia perniagaan, kejayaan Amir bukan sahaja datang daripada resipi sedap, tetapi juga hasil semangat dan sikap tidak mudah berputus asa. Katanya, untuk terus berkembang, Amir perlu memberi tumpuan kepada pengurusan dan membina pasukan kerja yang kuat.

“Dalam bisnes, kita tak boleh buat semua perkara seorang diri. Amir perlu lantik orang yang boleh dipercayai untuk menguruskan bahagian operasi seperti dapur dan stok, manakala dia boleh fokus pada strategi pemasaran. Pasukan yang kuat adalah kunci utama untuk membawa perniagaan ke tahap lebih tinggi,” katanya sambil menasihati agar Amir terus belajar dan memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Amir yang sudah setahun menjalankan perniagaan ayam goreng secara francais, melahirkan rasa syukur atas sokongan pelanggan dan kunjungan Dr Afif. Namun, dia tidak mahu cepat berasa selesa dengan pujian yang diterima.

“Saya anggap setiap komen sebagai motivasi untuk jadi lebih baik. Saya belajar supaya tidak terlalu hanyut dengan pujian dan tidak mudah jatuh bila dikritik. Bagi saya, rasa ayam goreng ini datang daripada ramuan perapan dan bancuhan tepung yang melalui proses R&D kami sendiri,” jelas Amir.

Amir turut berkongsi bahawa dia kini dalam perancangan memperkenalkan menu baharu dan menambah baik suasana kedai agar lebih selesa untuk pelanggan.

Selain menguruskan perniagaan APFC, Amir kini bergandingan dengan Jiggy sebagai hos program Muzikal Lawak Superstar di saluran YouTube Astro Gempak, membuktikan dirinya terus aktif dalam dunia hiburan sambil berjaya menapak kukuh dalam dunia keusahawanan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 31 Dec 2017

SUAMI DISERANG SAKIT JANTUNG – AMYZA AZNAN MOHON DOA

“Semalam hari Jumaat pada jam 5 petang, suami saya kena serangan jantung buat pertama kali dan sekarang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang Puteri. Saya akui, saya lost tanpa dia.  “Terima kasih kepada kawan-kawan […]

Featured Mon, 25 Aug 2025
Hiburan Fri, 10 May 2019

「大马好女声」林文荪608办售票音乐会

「大马好女声」林文荪608首场个人售票音乐会!明早10时开始售票~

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Hael Husaini Jadi Pengganti?

Apakah kesudahannya?

Hiburan Wed, 31 Jul 2024
Hiburan Thu, 18 Aug 2022

Pernah Terfikir Jual Piano, Hazami Kini Mahu Kembali Menyinar

Alhamdulilah kehidupan Hazami semakin membaik. Semoga terus sukses dan bersinar!

Hiburan Fri, 2 Jan 2026

“Terlihat Susah, Tapi Bismillah” – Dr. Fie Pilih Berdamai Dengan Masa Lalu, Langkah Ke 2026 Dengan Hati Lebih Tenang

Menurut Dr. Fie, ketabahan yang dimiliki hari ini bukan hadir dengan mudah, sebaliknya lahir daripada kebergantungan sepenuhnya kepada Allah

error: Content is protected !!