Pelakon berkaliber, Datuk Rosyam Nor memaklumkan dia melarang isteri, anak-anak dan cucu-cucu menonton drama terbaharunya berjudul Keluarga Itu yang menerima pelbagai respons daripada penonton.
Menerusi sesi podcast Drama Sana Sini x Keluarga Itu di TikTok bersama Erma, Rosyam berkata sebagai seorang pelakon dia masih mempunyai sifat malu apabila membawa watak sebagai ‘haruan makan anak’ bernama Iman yang mengundang kecaman ramai pihak.
“Aku ada lima anak perempuan. Sebelum aku berlakon drama ni, aku dah beritahu dalam group keluarga ‘tidak ada sesiapa dibenarkan untuk menonton drama ini bila dah keluar termasuk isteri, anak-anak dan cucu-cucu’.
“Erma, sebagai seorang pelakon kau kena ingat satu. Walaupun kau tengok saya macam ni, cara aku bercakap macam ni tapi aku sebagai manusia ada sifat malu juga. Tapi disebabkan komitmen kerja aku buat juga,” katanya.
@dramacintakita DRAMASANGAT WITH ROSYAM NOOR ▶️ #KeluargaItu -> Setiap Jumaat – Ahad -> 9:00 Malam Di TV3! Korang boleh strim episod baharu #KeluargaItu 24 jam lebih awal di Tonton! @umieaida9 sebagai chempaka @iamrosyam sebagai iman @fattahaminz sebagai Ansara @izaraaishahofficial sebagai Husna @amir.ahnaff sebagai Aman @muaz.zabir sebagai Anwari @morosechild sebagai Dhamiah @themelissacampbell sebagai Camelia @duerramitilda sebagai Dhini Terbitan : @rumah_karya_citra Penulis Skrip: @ermafatima Arahan : @nursharif #DramaSangat #KeluargaItu #TV3Malaysia
♬ original sound – ˢʸᵘʳᵍᵃ D R A M A K I T A – ˢʸᵘʳᵍᵃ D R A M A K I T A
Sementara itu, Rosyam turut memaklumkan sehingga hari ini dia masih belum menonton drama lakonannya itu.
Dalam video lain, Rosyam turut mendedahkan dia didatangi seorang wanita yang berang terhadapnya gara-gara watak Iman.
“Sebenarnya pernah berlaku. Seorang mak cik datang dan berkata, ‘kalau bukan sebab bulan puasa, mak cik dah ludah muka kau. Kenapa ambil watak macam tu?’,” katanya.
@dramasangat ‼️ 8.00 MALAM INI DI FACEBOOK DRAMA SANGAT ‼️ Korang mesti tengah benci, geram dengan watak Iman dalam #KeluargaItu kan? 🫦 Saksikan siri podcast terbaharu #DramaSanaSini x #KeluargaItu bersama Eirma Fatima di Facebook Drama Sangat! Setiap Rabu dan Sabtu, jam 8:30 malam! #DramaSanaSini
Keluarga Itu mengisahkan kehidupan seorang tokoh tahfiz bernama Iman, yang disanjung kerana sifat dermawan dan keteguhan imannya. Namun, di sebalik segala kebaikan yang ditonjolkan, tersembunyi satu rahsia gelap dalam keluarganya yang akhirnya terbongkar.
Drama ini mula ditayangkan sejak 28 Februari lalu dan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datin Seri Umie Aida, Izara Aishah, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Fattah Amin, Muaz Zabir, Melissa Campbell, dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan Keluarga Itu terbitan Erma Fatima pada setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 9 malam hanya di TV3.
Episod baharu Keluarga Itu juga boleh ditonton 24 jam lebih awal menerusi strim di Tonton.
Artikel Berkaitan: “Mungkin Ada Perbuatan Saya Yang Jijik Atau Meluat” – Rosyam Nor Syukur Watak Iman Cetus Pelbagai Reaksi Penonton
Artikel Berkaitan: Gara-Gara Watak Iman Dalam Keluarga Itu, Ada Yang Nak Boikot Pasar Raya Rosyam Nor? Ini Respons Tuan Badan
Kredit video: Drama Sangat








