Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: Afiq Kandi March 4, 2026 @ 4:59pm

Sajian Pelbagai Masakan Kampung Enak Penambat Selera Sepanjang Ramadan

Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Marvelous Mama Sdn Bhd memperkenalkan pembukaan Iftar di Rumah Lauk yang menawarkan pengalaman bufet Ramadan berkonsepkan masakan kampung dan hidangan warisan.

Bufet tersebut berlangsung di Nafoura Hall, LC-01, Shaftsbury Putrajaya dan menyasarkan keluarga serta komuniti korporat di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Serdang.

Selain memperkenalkan bufet Ramadan ini, syarikat turut merancang untuk membuka restoran tetap Rumah Lauk di Kuala Lumpur pada penghujung April ini. Jenama tersebut juga dijangka melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan pembukaan restoran di London dan Jakarta dalam tahun yang sama.

Mengangkat konsep “Dari Dapur Kami ke Meja Anda”, inisiatif tersebut menampilkan hidangan autentik yang diinspirasikan daripada masakan rumah dengan cita rasa tradisional yang dekat dengan masyarakat tempatan.

Dengan harga di bawah RM100 bagi bufet Ramadan, Iftar di Rumah Lauk menyajikan lebih 150 jenis hidangan kampung setiap hari yang merangkumi menu tradisional serta sajian warisan Malaysia.

Selain pilihan makanan yang pelbagai, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan buskers secara langsung setiap hari serta kehadiran selebriti jemputan pada hujung minggu.

Bagi memudahkan pengunjung menunaikan ibadah, kemudahan surau juga disediakan untuk solat Maghrib, Isyak dan Terawih.

Menariknya, sempena pembukaan pertama program tersebut, 200 pelanggan terawal yang hadir ditawarkan peluang menikmati hidangan secara percuma.

Keunikan bufet Ramadan ini turut terserlah menerusi hidangan istimewa Rusa Golek yang disajikan setiap hari.

Jika kebanyakan bufet Ramadan menampilkan kambing golek sebagai menu utama, Iftar di Rumah Lauk tampil dengan kelainan melalui hidangan rusa yang diperap menggunakan rempah ratus tradisional sebelum dipanggang dengan sempurna.

Menu tersebut menjadi simbol keunikan jenama Rumah Lauk dalam menawarkan pilihan premium yang jarang ditemui dalam bufet Ramadan lain.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, pihak penganjur turut menyediakan cabutan bertuah yang akan diadakan pada 17 Mac 2026.

Pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai, emas serta beberapa hadiah lain yang disediakan sepanjang kempen tersebut.

Inisiatif itu dijangka mampu menarik kehadiran ramai pengunjung sepanjang Ramadan, sekali gus menjadikan Rumah Lauk sebagai antara destinasi berbuka puasa pilihan di sekitar Putrajaya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Tue, 30 Jul 2019

大马首创!横跨50个年头的海南茶「蜕变」国际化

什么是海南茶?海南茶来自海南?其实……阿荣哥海南茶从马来亚英殖民时代一个小档口开始。

Fab Foodies! Thu, 7 Feb 2019
Fab Foodies! Sun, 17 Jun 2018

端午吃粽「这5种人」别放纵!

端午节即将到来,粽子也是这个时节不可缺少的美食之一。但有消化道问题或慢性疾病者,吃粽时可要多加留意,切勿过量食用。

Fab Foodies! Sat, 2 Mar 2019

跟情绪低落说掰掰!吃这4种食物……不怕变胖还更快乐

心情低落的时候,除了花钱买醉,找三五好友聚餐狂欢,其实还有更省钱又有效率的做法,不需要大吃大喝,只要吃对食物就能够让人心情愉悦,你知道吗?

Fab Foodies! Sat, 2 Jun 2018

每周吃3次坚果降18%心脏病风险?

每周吃3次坚果降18%心脏病风险?瑞典研究:帮助心脏正常跳动。

Fab Foodies! Thu, 28 Dec 2017

Mamak档不再24小时?卫生部:打造健康生活环境

为了应对马来西亚人民非传染性疾病(癌症、糖尿病等)患病率上升的趋势,马来西亚卫生部将推出13项新政策,协助建设全民健康社会,打造健康生活环境。

Fab Foodies! Wed, 30 May 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Masukkan telur rebus, daun kunyit dan kerisik. Biar seketika. Masukkan air asam jawa dan tambahkan garam dan gula mengikut citarasa anda. Tutup api setelah rendang hampir kering. Siap!

Fab Foodies! Mon, 17 Jun 2019
Fab Foodies! Mon, 3 Sep 2018

4 Kebaikan Sayur Bayam Untuk Kesihatan

Ada yang tidak menggemari sayuran hijau kerana rupa atau rasa tetapi ada diantaranya mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan. Kandungan gizi bayam antara yang terbaik dan sesuai untuk tubuh badan . 

error: Content is protected !!