Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah December 22, 2021 @ 3:21pm

“Saya Rasa Sangat Bersalah Kalau Tak Tolong” – Haqiem Rusli Turun Padang Beri Bantuan Di Kampung Halaman

Tatkala negara sedang dilanda banjir, ramai selebriti Malaysia mengekspresikan rasa empati menyalurkan bantuan dengan memberikan makanan, pakaian dan peralatan mandian kepada mereka yang terjejas.

Penyanyi Haqiem Rusli juga tidak ketinggalan melawat ke kampung halamannya di Hulu Langat yang mengalami banjir teruk pada tahun ini.

“Sekarang saya berada di hometown saya, Hulu Langat. Saya sangat bersimpati dengan penduduk Hulu Langat dan saya rasa bersalah kalau saya tak tolong penduduk Hulu Langat sebab ni hometown saya, jadi saya mintak doa yang baik-baik sahaja,” kata Haqiem di dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Video tersebut juga menunjukkan keadaan sekitar kampungnya yang telah surut daripada banjir.

Haqiem bersama pasukannya kelihatan memberikan bantuan berupa makanan dan keperluan kebersihan kepada beberapa penduduk di situ.

 

Haqiem juga memberitahu di ruangan kapsyen bahawa rumahnya di Hulu Langat tidak terjejas banjir kerana berada di atas bukit.

Peminat Haqiem meluahkan rasa syukur dan memberikan doa yang terbaik atas usaha bantuan yang dilakukan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Jun 2025
Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Tahniah! Hadiah Hari Jadi Paling Indah, Rossa Dikurnia Gelaran Datuk Seri

Lima tahun yang lalu saya dianugerahkan gelaran Dato, hari ini saya dianugerahkan darjah kebesaran negeri Pahang sebagai Datuk Seri…

Hiburan Thu, 30 Aug 2018

Baru Hari Pertama, Munafik 2 Catat Kutipan RM 2.05 Juta

Jumlah kutipan itu turut disahkan oleh penerbitnya, Datuk Yusof Haslam dengan merangkumi tayangan di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Featured Wed, 21 Jul 2021

“Tak Emosi Macam Caprice..”- Dakwa Dedah Cerita Sebenar, Cara Nadir Al Nuri Tegur Ustaz Ebit Lew Dipuji Netizen

Isu antara penyanyi rap, Caprice dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew masih lagi menjadi tanda tanya dan persoalan ramai di media sosial. Baru- baru ini, Caprice telah tampil membuat permohonan maaf terhadap Ustaz Ebit Lew […]

Trending Mon, 29 Jun 2020

[Terkini] Orang Ramai Kini Boleh Hadir Ke Majlis Perkahwinan, Tidak Melebihi 250 Orang

Buat mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat..

error: Content is protected !!