Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Fatin Nurain August 15, 2023 @ 7:49pm

Sebaknya! Wajah Arwah Anak Persis Selebriti TV3, Adik Beradik Sepakat Beri Kejutan Buat Ibu

Penyampai berita TV3, Muhammed Ahmad Hamdan tampil merealisasikan permintaan sekumpulan adik-beradik untuk membuat kejutan kepada ibu bapa mereka yang merindui arwah abang mereka, Mohd Afiq Adnan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pemilik akaun @qielaadnan di TikTok, mereka telah menjemput pembaca berita itu selepas menyedari wajahnya seiras dengan abang sulung mereka yang telah meninggal dunia.

Dalam perkongsian tersebut, mereka adik-beradik turut mempersiapkan ibu bapa mereka dengan kemas dan segak sebelum personaliti TV itu tiba di rumah kediaman mereka bersama keluarganya.

Lebih menyentuh hati, ibu bapa kepada adik-beradik itu terus menitiskan air mata dan memeluk Muhammed selepas menyedari kunjungannya sekali gus mengundang sebak dalam kalangan warganet.

“Hari paling bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Alhamdulillah, terima kasih Muhammed Ahmad Hamdan,” tulisnya.

Dalam pada itu, pemilik akaun tersebut sempat memuji keperibadian Muhammed dan berharap agar hubungan silaturahim mereka terus berkekalan.

“Semoga silaturahim terus berkekalan ya. Terima kasih Encik Muhammed. Along, Alhamdulillah mak ayah happy hari ini. Semoga kau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, Insya-Allah. Aamin.

“Kami sayang along dunia dan akhirat,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons yang menyentuh perasaan dalam kalangan warganet.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih sebanyak 311,300 t0ntonan dan 26,800 tanda suka.

@qielaadnan Hari paling bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Alhamdulillah. Terima kasih @Muhammed Ahmad Hamdan 🤍 #capcut #foryoupage #fyp #foryou #fypシ ♬ original sound – Qieylaa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Aug 2025

“Saya Yang Pikul Tanggungjawab Dari Mereka Kecil”  – Hantaran Di Media Sosial Curi Perhatian, Rita Rudaini Tuju Pada Siapa?

Rita Rudaini menyorot perhatian apatah lagi hantarannya itu kelihatan seakan-akan meluahkan perasaannya.

Featured Tue, 22 Nov 2022

[VIDEO] Amelia Henderson Jadi Orang Tengah, Zahirah Macwilson Dedah Cara Mengorat Aiman Hakim

Cute je dorang ni! Selalu kalau perempuan ngorat dulu selalu onz kan

Cahaya Mata Fri, 21 Oct 2022
Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Tue, 8 Jul 2025

[VIDEO] Noor Nabila Bagi ‘Hint’ Kahwin Tahun Depan?

Meskipun sekadar berseloroh, namun tindakan Bella itu mencuri perhatian netizen.

error: Content is protected !!