Euforia Bola 2026
Program TV By: Maya Basir June 1, 2022 @ 8:31pm

Selamat Ulangtahun Ke-38, TV3 Kekal Nombor Satu Dalam Menyajikan Program Terbaik

Tanggal 1 Jun 2022, tarikh keramat ini menyaksikan TV3 stesen nombor satu negara dan sempena ulang tahun ke-38, pelbagai paparan menarik dan kejutan untuk menyemarakan bulan istimewa ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, kandungan program TV3 yang disajikan adalah mengikut peredaran semasa dan cita rasa penonton.

“TV3 sudah bersiaran selama 38 tahun di negara kita. Zaman bersilih ganti, kita kini berada di era digital dimana semua maklumat dan kandungan hiburan hanya di hujung jari. Kandungan program juga tidak lari daripada melakukan pembaharuan dan pertukaran.

“Keseluruhan tenaga kerja dan krew produksi TV3 akan terus komited untuk memastikan jenama-jenama TV3 yang terpahat dalam hati rakyat Malaysia, seperti Buletin Utama, Anugerah Juara Lagu, 999, Majalah 3, Jejak Rasul, Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini berinovatif dan sentiasa menghidangkan paparan yang menarik serta memenuhi cita rasa penonton.

“Sepanjang bulan Jun ini, kami berharap penonton setia TV3 akan terhibur dengan paparan istimewa dalam program-program  terbitan kami, tidak ketinggalan juga telefilem gandingan pelakon-pelakon handalan tanah air, seleksi filem blockbuster di slot Panggung Sabtu dan slot Magnificent 8 yang akan membawakan siri francais filem Jurassic Park,” ujar Khairul lagi.

Sempena ulang tahun ini TV3 juga telah berkolaborasi dengan ilustrator Miriam Omar untuk menghasilkan karya seni ilustrasi yang menggambarkan perjalanan TV3 serta menzahirkan kandungan popular TV3 di monumen dan bangunan ikonik serata Malaysia.

Bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun, TV3 akan mengadakan Fiesta TV3 Sentiasa Bersamamu di perkarangan Sri Pentas pada 18 Jun 2022. Pintu akan dibuka untuk khalayak seawal 9.00 pagi dimana seisi keluarga boleh beriadah dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan serta beramah mesra dengan selebriti-selebriti popular.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Sep 2024

Patimah Ismail Doakan Puteri Sarah Temui Kebahagiaan – “Mama Mahu Sarah Gembira”

MasyaAllah ibu mentua dari syurga. Tak pernah tak support dan mendoakan yang baik-baik buat Sarah❤️❤️❤️

Hiburan Sun, 5 Jan 2025

CSOIAM: Zazzleen Bakal Nyanyikan Lagu Wajah Rahsia Hati, Fauziah Ahmad Daud Titip Ucapan Selamat Maju Jaya

Fauziah Ahmad Daud ucapkan selamat maju jaya buat Zazzleen di CSOIAM.

Featured Mon, 5 May 2025

“Dia Yang Failkan, Jadi Kita Ceraikanlah” –  Edika Yusof & Isteri Sah Cerai Talak Satu 

Edika bersetuju untuk melepaskan isterinya itu seperti yang diminta sebelum ini.

Featured Fri, 1 Apr 2022
Trending Wed, 22 Jul 2020
Featured Mon, 30 Dec 2024

Raysha Rizrose Selamat Timang Bayi Perempuan

Pelakon Raysha Rozrose dan suami selamat timang bayi perempuan.

Featured Wed, 30 Apr 2025

Hael Husaini Kini Bahagia, Bakal Tamat Zaman Bujang Dalam Masa Terdekat

Hel menyerahkan soal jodoh kepada yang maha Esa.

error: Content is protected !!