Euforia Bola 2026
Trending Hari Ini By: Aisyah Badrul June 15, 2020 @ 11:46am

Selangor Kini Bebas Zon Merah

Sehingga jam 12 tengah hari kelmarin, daerah Hulu Langat Selangor telah merekodkan penurunan aktif yang mendadak. Hal ini telah menjadikan negeri Selangor telah bebas daripada Zon Merah.

Daerah Hulu Langat kini merekodkan 11 kes aktif berbanding 62 kes kelmarin dan secara keseluruhan sebanyak 629 kes dicatat di daerah itu. Rekod ini telah dikongsi oleh Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi Facebook.

Hulu Langat menjadi daerah tunggal yang berada dalam zon merah selepas Sepang memasuki zon kuning kelmarin.

“Berita baik! Kes sembuh yang tinggi menjadikan mukim Semenyih bertambah baik ke zon kuning dan mukim Cheras pula bersih dari kes aktif untuk menjadi zon hijau. Ini sekali gus mengeluarkan daerah Hulu Langat dari zon merah ke kuning.

“Dengan perkembangan positif ini, daerah di Selangor kini kembali bebas dari zon merah sejak kali terakhir iaitu 23 hari lalu. Tahniah warga Selangor!

“Patuhi normal baharu dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Jangan bagi ruang Covid-19 untuk merebak semula, kita mesti menang!,” katanya.

Selain Hulu Langat, lapan daerah lain turut berada di zon kuning dan terus menunjukkan penurunan dalam kes aktif adalah Gombak (12), Sepang (12), Kuala Langat (11), Petaling (7), Kuala Selangor (4), Sabak Bernam (3), Hulu Selangor (2) dan Klang (1).

Sehingga kini, Selangor merekodkan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,996 kes manakala 1,793 adalah kes sembuh, 63 kes aktif dan 24 kematian.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Sep 2023
Featured Fri, 15 Apr 2022
LIFESTYLE Wed, 19 Dec 2018

Doktor Ini Kongsi 10 Ciri-Ciri Ayah Yang Hebat

Jom jadi ayah yang hebat dan terbaik untuk anak anak kita!

LIFESTYLE Tue, 16 Apr 2019

Go on a Wild Adventure at These 5 Wonders of Nature

What is life without some adventurous fun?

Hiburan Mon, 19 Sep 2022

Liza Hanim Bakal Duet Dengan Siti Nurhaliza?

Tak sabar kalau Liza Hanim duet Siti Nurhaliza lagi!!

Featured Wed, 25 Jan 2023
Hiburan Fri, 22 Mar 2019
LIFESTYLE Tue, 4 Dec 2018

Nak Panjangkan Bulu Mata Atau Lentikkan, Jom Baca Ni.

Nak tampil lebih muda, lebih segar dan lebih vibrant apa kata cuba tips ini

Featured Thu, 23 Jan 2025
error: Content is protected !!