Euforia Bola 2026
Acara By: Ad Ops January 23, 2018 @ 8:00pm

Sheila On 7- Live In Kuala Lumpur 2018

Band popular dari Indonesia Sheila On 7, bakal beraksi kembali dalam sebuah konsert yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu, 10 Februari 2018 di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.

Selepas muncul dengan konsert hebat dan laris pada Mac 2016, Duta, Eros, Adam, dan Brian akan kembali pula dalam sebuah konsert khas buat semua peminat Malaysia dalam sebuah konsert berjudul ‘SHEILA ON 7 – LIVE IN KUALA LUMPUR 2018’.

Konsert dengan durasi dua dan setengah jam tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat mereka kerana grup hebat ini akan mempersembahkan repertoire dari album pertama mereka sehinggalah lagu-lagu seperti ‘Sephia’, ‘Pria Kesepian’ ‘Melompat Lebih Tinggi’, ‘Seberapa Pantas ‘ dan banyak lagi lagu kegemaran ramai.

Konsert ini diadakan bertujuan untuk meraikan sokongan besar daripada ribuan peminat setia mereka di Malaysia dan sekitar rantau ini.

Tiket-tiket dijual dengan harga RM315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (silver). Tiket –tiket masih boleh didapati di www.myticket.asia kecuali tiket silver yang kini telah habis dijual.

Peminat setia Sheila On 7 akan mendapat peluang untuk bertemu dengan mereka dengan pembelian tiket Meet & Greet dan akan mendapat barangan percuma.

Konsert ini juga disokong oleh HOT FM & KOOL FM stesen radio rasmi dand Rentak Sejuta sebagai rakan media.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03 – 8605 0195 / 0122560082 atau layari ww.shirazprojects.com.

Sheila On 7 – Live In Kuala Lumpur 2018  dianjurkan oleh No Fear Sdn Bhd & Shiraz Projects Sdn Bhd.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 30 Jul 2018
Acara Tue, 6 Sep 2022
Acara Sun, 15 Mar 2020
Acara Fri, 10 Aug 2018
Acara Tue, 21 Jan 2020
Acara Fri, 13 Sep 2019

Bosch Tronic: Peranti pemanas air mandian selamat

Mandian anda pasti akan lebih sempurna

Acara Fri, 13 Apr 2018

Jom Pi Gegaria Fest Di Amanjaya Mall, Sungai Petani Ahad Ini. Super Happening!

Rugi kalau tak pi sebab banyak booth serta aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana sepanjang hari. Gerenti memang tak bosan!

error: Content is protected !!