Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 10, 2023 @ 2:09pm

Sibuk Dengan Kerjaya, Zaki Yamani Tak Lupa Dengan Pelajaran… Sasar 7A Dalam SPM, Siap Ikuti Kelas Tuisyen!

Mungkin ramai tidak tahu, penyanyi Zaki Yamani bakal melangkah ke Tingkatan 5 pada Mac ini dan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Siapa sangka, biarpun sibuk merangka persembahan dan berlatih setiap minggu sehingga bergelar juara Famili Duo TV3, Zaki turut sibuk membahagikan masa serta menghadiri sesi persekolahan.

Menyedari kesibukan kerjaya seninya sebagai penyanyi dan pelakon, Zaki, 17, atau nama sebenarnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah tidak lupa dengan pelajaran.

Zaki yang bercita-cita menjadi pensyarah berpesan kepada semua remaja dan golongan selebriti yang masih bersekolah untuk tidak mengabaikan pelajaran.

“Kepada golongan selebriti yang masih bersekolah, sibuk macam mana pun bekerja, kena cari tempat dan luangkan masa untuk menghadiri kelas tambahan atau tuisyen untuk menyemak semula apa yang tertinggal di sekolah.

“Selain ada kemahiran dalam bidang seni, perlu juga ada ilmu. Bukan apa, andai satu hari tidak terbabit dengan seni dan tidak menyambung pelajaran, sekurang-kurangnya kita tetap berilmu. Jadi, jangan sesekali abaikan pelajaran kerana ia akan membantu pada masa hadapan,” katanya.

Sesibuk mana pun Zaki, dia tidak mengabaikan ilmu dan mengambil inisiatif dengan mengikuti kelas tuisyen di pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI sejak penghujung tahun lalu.

Menurut Zaki, dia mahu memantapkan lima subjek sebagai persediaan SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Sains.

“Saya mengikuti kelas di PTTI sebab mahu memberi fokus pada lima subjek. Ini kerana, saya mahu ‘kejar’ semula pelajaran yang banyak tertinggal ekoran terbabit dengan kerjaya seni. Saya fikir, sibuk macam mana pun saya bekerja, pelajaran tetap menjadi keutamaan.

“Alhamdulillah, saya bertuah kerana cikgu di PTTI semuanya ‘sporting’ dan banyak membantu termasuk rakan-rakan di situ. Pendek kata, saya tak berasa terasing pun. Malah mereka menyambut baik.

“Diakui pada awal kelas tu agak kekok juga, tapi apabila dah lama saya mula faham apa yang diajar. Sesi yang diikuti memberi banyak kesan pada prestasi pelajaran saya. Macam subjek Matematik misalnya, ada peningkatan. Kalau soalan dari cikgu di sekolah, saya boleh jawab lebih baik berbanding dulu,” katanya.

Bukan sahaja pelajar, malah Zaki turut dipilih sebagai Ikon PTTI. Sehubungan itu, Zaki berkata, dia perlu memberikan contoh terbaik kepada semua pelajar baik dari segi disiplin mahupun keputusan peperiksaan.

“Sejujurnya saya sangat teruja apabila PTTI ambil saya sebabai ikon mereka. Saya tak pernah dapat tawaran macam ini. Jadi, sebagai ikon saya kena buktikan layak digelar ikon.

“Sebab itu saya kena belajar bersungguh-sungguh kerana orang akan berikan perhatian pada kita. Bukan saja pelajaran tapi juga disiplin dan tingkah laku kita. Seperkara yang saya suka di PTTI adalah mereka ajar kita lebih berdisiplin untuk datang ke kelas mengikut jadual ditetapkan.

“Untuk SPM 2023 saya menyasarkan 7A. Insya-Allah, kalau ada rezeki. Kalau tidak dapat, tak apa. Apa yang penting semua subjek lulus,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 23 Jun 2021

Polis Tahan Bapa Beri Bayi Lelaki 5 Bulan Minum Arak

Selepas sebuah rakaman video 30 saat yang menunjukkan seorang bayi diberi minuman alkohol tular di media sosial baru-baru ini, pihak polis telah menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan. Dipercayai berlaku di sebuah flat di Teluk […]

Featured Tue, 1 Jun 2021

Tan Sri Lim Kok Wing Meninggal Dunia

Pengasas dan Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing meninggal dunia di Hospital Pantai, hari ini pada usia 75 tahun. Universiti Limkokwing dalam satu kenyataan memaklumkan, mendiang seorang yang banyak berjasa dalam pendidikan inovatif […]

Hiburan Thu, 7 Sep 2023
Hiburan Sat, 3 Nov 2018

#ASK2018: Selesa Gandingan Dengan Syafiq Kyle, Amyra Tak Sabar Tunggu Nur 2

Bukan Amyra je tak sabar, kami pun dah tak sabar nak tengok sambungan kisah Ustaz Adam & Nur dalam Nur 2.

Trending Mon, 15 Feb 2021
Hiburan Tue, 16 Jan 2024

Pelakon Berbadan Besar Hanya Boleh Melawak? Syanie Minta Pengarah Buang Stereotaip, Beri Peluang Bawa Watak Serius

Min setuju dengan kak Syanie! Pengarah perlu ubah mindset macam ni…lagipun saiz badan bukan kayu ukur bagi bakat seseorang.

Events Wed, 4 Dec 2019

Dato’ Sri Eizlan Yusof To Tie The Knot In December, Ending 2019 With A Beautiful Memory

Congratulations Dato’ Sri Eizlan Yusof and future wife! We wish you beauteous moments ahead.

error: Content is protected !!