Categories: Sihat

Anda suka tidur? Ini antara kesan jika tidur secara berlebihan

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Tidur satu keperluan kerana ketika anda tidur, organ badan turut berehat dan seterusnya mengumpul tenaga untuk keperluan keesokan harinya. Bagi individu dewasa, tidur yang ideal sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam, namun ada pendapat mengatakan sejajar dengan pertambahan usia, jumlah jam anda tidur menjadi semakin sedikit.

Bagaimanapun bayi atau kanak-kanak tetap memerlukan tidur lapan jam untuk mereka kekal sihat dan cergas.

Pastinya anda pernah mendengar bahawa kekurangan tidur boleh mendatangkan kesan negatif. Bagaimana pula jika seseorang itu tidur secara berlebihan? 

Masalah tidur berlebihan ini terjadi apabila anda terlalu penat dengan kerja seharian sehingga tiada masa untuk rehat dan anda membuat tindakan untuk tidur secara berlebihan pada waktu cuti.

Ramai beranggapan bahawa itu adalah ‘ganti’ bagi hari hari di mana tidur tidak mencukupi. Salah! Ataupun anda langsung tidak bekerja dan membuatkan anda tidur selama seharian di rumah. 

Ia juga dikenali sebagai hypersomnia dimana waktu tidur seseorang itu telah melebihi 12 jam. Tidur yang disarankan bagi dewasa adalah enam hingga lapan jam. 

Apakah kesan jika anda tidur secara berlebihan? Antaranya ialah

  1. Mudah sakit kepala

Foto: aladokter.com

Kebiasaannya anda terasa letih,  lesu dan pening kepala apabila kurang tidur. Perkara itu juga akan berlaku kepada anda jika berlebihan tidur. Sakit kepala terjadi apabila jumlah neurotransmitter tidak seimbang dalam otak. 

Oleh kerana itu, anda perlulah tidur yang berkualiti kerana neurotransmitter juga dapat membaiki sistem badan yang lain seperti penghadaman, imunisasi serta hormon yang seimbang.

2. Kenaikan berat badan

Foto: sehatfresh.com

Kebanyakan wanita tertanya-tanya mengapakah berat badan boleh naik?  Ini kerana apabila anda tidur secara berlebihan, badan anda kurang membakar kalori dan mudah untuk berat anda menaik. 

Bagi anda yang mengamalkan tidur secara berlebihan berisiko untuk mengalami obesiti sehingga 21 peratus berbanding seseorang yang tidur secara normal. 

3. Tekanan

Ramai beranggapan bahawa apabila menghadapi tekanan anda akan lebih cenderung untuk tidur lebih lama agar tekanan tersebut akan hilang. Sebaliknya, ia akan memburukkan lagi keadaan dan tekanan itu akan semakin bertambah. 

Cara menangani tekanan boleh dilakukan dengan cara melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, jogging, mendaki bukit dan sebagainya. 

4. Senang lupa

Foto: womantalk.com

Sesetengah orang akan mudah lupa dengan sesuatu perkara. Tetapi apakah antara sebabnya seseorang itu mudah lupa? Salah satunya adalah tabiat tidur yang berlebihan.

Ini kerana ia boleh melambatkan sel otak dan juga mengakibatkan masalah ingatan. Jika perkara ini berlarutan, apabila usia kian meningkat, anda berisiko untuk menghadapi nyanyuk.

tex_admin