Sihat By: tex_admin July 19, 2018 @ 1:00pm

Awas! Penyakit Cacing Boleh Menyebabkan Kerosakan Otak Anak Anda!

Tahukah anda bahawa kanak-kanak mudah dijangkiti dengan penyakit cacing? Jika anda merujuk kepada klinik kesihatan, ubat cacing akan diberikan pada anak anda seawal umur 1 tahun lagi.

Namun, walaupun diberikan ubat cacing, anak anda tidak terlepas untuk terus dijangkiti. Jaga-jaga!

Jangkitan cacing adalah jangkitan parasit yang boleh hidup dalam darah, usus, dan organ tubuh. Cacing akan masuk ke tubuh kanak-kanak apabila mereka termakan telur cacing yang berada dalam makanan.

Perkara ini berlaku secara tidak sengaja apabila mereka membeli makanan yang dimasak secara tidak sempurna. Macam tak percaya kan? Tapi itulah realitinya! 

Kalau anda nak tahu, cacing-cacing ini akan mengambil nutrien makanan yang diserap ketika kita makan dan menyebabkan tubuh mengalami kekurangan zat makanan. Sebab inilah anak anda akan menjadi cepat penat dan perkembangan fizikal mereka juga mudah terganggu.

Jangkitan penyakit cacing yang kronik akan menimbulkan kesan yang berbahaya antaranya kerosakan otak, luka pada usus, usus tersumbat, sembelit dan kembung abdomen.

Foto: KKM

Adakah anda sebagai ibu bapa tahu tanda penyakit cacing ini? Jom kita semak!

Simptom-simptom cacing dalam tubuh

1. Perubahan tingkah laku.

2. Mengalami masalah tidur akibat rasa tak selesa.

3. Kurang selera makan.

4. Perut rasa tak selesa dan perubahan warna najis.

5. Bagi kanak-kanak perempuan, ada kemerahan di sekitar kawasan vagina.

6. Tanda lain seperti ada darah dalam najis, anaemia dan batuk kering.

Langkah-langkah pencegahan

1. Sekiranya anak anda menunjukkan simptom seperti diatas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan mengambil ubat untuk membunuh cacing tersebut.

2. Ubat cacing boleh mengakibatkan cacing kurang aktif lalu mati.

3. Apabila anda mendapati anak sudah pulih dari tanda penyakit cacing, doktor akan meminta anda untuk melakukan ujian dan pemeriksaan yang selanjutnya bagi memastikan tiada lagi jangkitan selepas ini. 

4. Kerap mencuci tangan terutamanya selepas menggunakan tandas dan sebelum memegang makanan.

5. Basuh sayuran dan buah-buahan sehingga diyakini bersih.

6. Pakaian yang telah dipakai oleh anak ketika dijangkiti penyakit cacing perlulah dibasuh dengan air panas.

7. Mandikan haiwan peliharaan dengan kerap. Ini kerana, kemungkinan jangkitan parasit boleh berlaku lagi.

Kesimpulannya, anda sebagai ibu bapa seharusnya peka tentang kesihatan anak anda. Penyakit cacing ini boleh berjangkit dengan kanak-kanak yang lain ya!

Jadi, berikan anak anda ubat cacing 6 bulan sekali dan selalulah berjumpa doktor untuk mengetahui perkembangan kesihatan anak anda. 

Sumber: TheAsianParent , Dr.Zubaidi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 3 May 2020

Pengguna pengangkutan awam perlu patuhi SOP PKP

Jangan leka dengan kelonggaran yang diberikan

Featured Fri, 30 Nov 2018

Sepasang Mata Besar Memang Menawan, Tapi Risikonya Mungkin…Sindrom Axenfeld Rieger

Sindrom Axenfeld Rieger bukan saja menjejaskan penglihatan tetapi menyebabkan kecacatan fizikal.

Sihat Fri, 22 Feb 2019

10 tanda gigi dan gusi anda tidaklah sesihat yang anda sangka

Jika anda rasa gigi anda sudah cukup sempurna, jom periksa betul-betul.

Sihat Thu, 14 Nov 2019
Featured Tue, 24 Sep 2019

Malu dengan perut buncit? Hilangkannya dengan senaman ini

Lakukan dengan konsisten, pasti nampak perubahannya!

Featured Wed, 25 Mar 2020

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April

Kerjasama rakyat mampu bendung penularan COVID-19

Featured Tue, 31 Mar 2020
Featured Mon, 6 Apr 2020
Sihat Thu, 19 Sep 2019

Risau tahap kolesterol tinggi ? Amalkan pengambilan 7 makanan ini

Tingkatkan kolesterol baik dalam tubuh anda.

Featured Thu, 7 Jun 2018

5 Manfaat Buah Nangka Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Anda

Selain isinya yang manis, buah nangka juga mempunyai khasiat yang berguna untuk anda.