Categories: Sihat

Elak Makan 4 Jenis Makanan Ini Kalau Tak Nak Braces Rosak

Memiliki gigi yang cantik dan teratur pasti diidamkan oleh semua orang. Yela, bila ada gigi cantik barulah confident

Memang beruntunglah siapa yang dah memiliki gigi yang cantik sempurna! Tapi, tidak semua orang dapat memilikinya. Namun, dengan memakai pendakap gigi (braces) ia mampu menyelesaikan masalah gigi anda.

Tapi, kena tahu juga ya pemakaian braces ini memerlukan penjagaan yang rapi. Kalau silap makan boleh memberi kesan kepada gigi anda. 

Sebenarnya, pemakaian braces ini mengambil masa yang lama sebab itulah anda perlu mengambil perhatian yang lebih terhadap penjagaan mulut. Bukan itu saja, anda juga perlu menjaga pemakanan ya!

Untuk pengetahuan anda, terdapat 4 jenis makanan yang perlu anda elakkan bagi memastikan braces serta gigi anda tidak rosak. Jom semak!

1. Makanan manis

Elakkan makan makanan manis untuk mengurangkan ancaman asid dalam mulut. 

2. Makanan keras

Foto: Pantang.com

Walaupun kekacang elok, tetapi ianya perlu dielak bagi si pemakai braces. Ini kerana, sisa-sisa kacang akan terselit pada braces dan gigi anda. Sisa-sisa kecil yang tertinggal ini akan sukar dikeluarkan, jadi elakkan ya!

3. Makanan melekit

Foto: Taste Of Home

Makanan jenis melekit juga boleh menyebabkan pendakap gigi rosak. Ia juga akan mudah melekat pada braces dan gigi anda sehingga menyukarkan untuk dibersihkan. 

4. Minuman bergas

Foto: Taste Of Home

Untuk pengetahuan anda, kandungan asid di dalam minuman bergas ini akan menghakis permukaan gigi. Ia akan menyebabkan lapisan enamel menipis. Kurangkanlah minum minuman bergas ini. 

Kesimpulannya, kalau dah pakai braces, kenalah selalu berdisiplin untuk menjaganya. Jangan ambil mudah ya!

Sumber: OhFesyen

tex_admin