Categories: Sihat

5 Tip Untuk Anda Berdepan Dengan Jerebu Yang Kini Melanda Negara

Cuaca sekarang ini memang panas kan? Lagi-lagi negara kita sedang dilanda jerebu, memang bahang sangat. Kalau kita lihat, banyak laporan akhbar melaporkan tentang penurunan kualiti udara di seluruh negara.

Menurut laporan Berita Harian, penurunan kualiti udara di seluruh negara dikenal pasti akibat jerebu rentas sempadan dari wilayah Kalimantan Barat, Indonesia. Terdapat aktiviti pembakaran terbuka telah dilakukan di wilayah berkenaan.

Berikutan dengan itu, anda harus berhati-hati dalam tempoh beberapa minggu ini sekiranya jerebu berlaku dengan lebih teruk lagi. Hijab & Heels senaraikan tip berguna untuk anda berdepan dengan masalah jerebu ini.

Foto: Astro Awani

1. Kurangkan aktiviti luar

Elakkan melakukan aktiviti luar yang akan terdedah secara terus dengan keadaan jerebu. Bagi anda yang mempunyai anak kecil, biarkan mereka bermain di dalam rumah saja. 

2. Guna penutup mulut

Jika anda berada di kawasan luar rumah ataupun pergi ke mana saja melibatkan aktiviti luar, gunakan penutup mulut untuk elakkan anda menghidu udara jerebu yang tidak sihat ini.

3. Jangan bakar

Jangan sesekali membakar sampah ya! Pembakaran sampah tidak bagus untuk udara mahupun kesihatan kita. Lagi-lagi dengan cuaca panas ini, api akan mudah merebak ke kawasan lain dengan begitu pantas. Jadi, jangan bakar!

4. Sentiasa cuci

Keraplah mencuci tangan dan muka terutamanya waktu sebelum makan. Gunalah sabun yang mengandungi antiseptik untuk mencuci tangan anda supaya lebih bersih.

5. Minum

Musim panas sebegini memang sangat penting untuk minum 8 gelas air putih setiap hari. Ini akan menghindarkan diri anda daripada terhidrat.

Jadi, lindungi dan jagalah kesihatan anda dalam tempoh jerebu tengah melanda ini. 

Sumber: Remaja & Berita Harian

tex_admin