Sihat By: Ad Ops July 10, 2018 @ 4:00pm

Garu Kepala & Gelak Mampu Buat Anda Kurus? Biar Betul?

Anda mesti ada rakan atau saudara-mara yang makan banyak tapi langsung tak gemuk! Geram betul, kan?

Kalau dia berdiet, tak apalah lagi. Memang dia dah berusaha untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.

Tapi kalau dia tak berdiet dan langsung tak jaga badan tapi tetap kurus, grrrrr.

Orang-orang begini memang bertuah kerana mereka memiliki kadar metabolisme tinggi. Kadar ini mempengaruhi penurunan berat badan kerana ia merupakan jumlah kalori yang badan anda gunakan untuk terus berfungsi.

Untuk turunkan berat badan, anda mesti bakar lebih banyak kalori daripada jumlah makanan yang anda makan.

Orang dengan kadar metabolisme tinggi gunakan lebih banyak kalori untuk melaksanakan fungsi-fungsi badannya daripada orang dengan metabolisme rendah.

So? Teringin nak makan banyak tapi tak nak gemuk? Bolehlah ikuti 5 cara-cara ini.

1. Jangan duduk diam

Berdiri, garu kepala, kunyah gula-gula getah – aktiviti seperti  ini yang dinamakan NEAT (nonexercise activity thermogenesis), telah dibuktikan boleh membantu bakar lebih 300 ke 2,000 kalori sehari daripada biasa.

2. Jadi peminat teh hijau

Foto: www.bbcgoodfood.com

Beberapa kajian menunjukkan green tea boleh meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 4 ke 5%. Ia cuma mengandungi 2 kalori secawan (gula tak dicampur, ya).

3. Minum banyak air

Sebuah kajian dari Jerman mendapati bahawa meminum dua gelas berisi 8 auns air putih boleh membakar kalori sebanyak 30% dalam masa 10 minit. Kesan ini boleh tahan selama lebih daripada sejam.

4. Gunakan lemon

Tambahkan jus lemon segar, yang kaya dengan vitamin C, ke dalam teh atau air putih anda. Pengkaji dari Arizona State University mendapati yang orang yang bersenam tapi tak mendapat bekalan vitamin C yang mencukupi akan tak berjaya untuk membakar kalori sebanyak 25%.

5. Gelak

Sebuah kajian lama yang diterbitkan di dalam International Journal of Obesity mendedahkan yang anda boleh membakar kalori dengan gelak. Kajian baru pula mendapati yang aktiviti gelak ketawa selama 15 minit boleh bakar sebanyak 40 kalori!

Sumber: Time

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 15 Mar 2020

Topeng muka DIY tidak kalis virus?

Risiko jangkitan lebih tinggi

Sihat Thu, 28 Jun 2018

5 Teknik Urutan Untuk Wanita Hamil Yang Gerenti Melegakan

Sekali-sekala wanita hamil perlu rehatkan badan mereka.

Featured Sun, 19 Apr 2020

65 rakyat pulang dari luar negara dikesan positif COVID-19

Kluster baharu kes import dikesan di pintu masuk antarabangsa

Sihat Thu, 6 Sep 2018

Inilah Cara-Cara Paling Sihat Untuk Memasak Telur

Jika anda nak jaga badan, bolehlah ikuti tip ini.

Featured Thu, 13 Jun 2019

Ketahui masa paling selamat bagi wanita hamil untuk menaiki pesawat

Ketahui juga panduan untuk menaiki kapal terbang dengan selamat ketika hamil.

Sihat Wed, 23 May 2018

Sedapnya Minuman Untuk Ibu Hamil, Confirm Bayi Sihat Dan Kulit Pun Cantik

Dalam usaha mendapatkan kandungan yang sihat dan sempurna, proses penjagaan bermula seawal pra kehamilan.

Sihat Wed, 12 Dec 2018
Featured Mon, 13 Apr 2020
Featured Fri, 18 May 2018

Penggunaan Benang Floss Memang Penting Untuk Kesihatan Gigi Tapi Jangan Guna Jenis Ini, Membahayakan!!

Walaupun kedua-duanya mempunyai kegunaan yang sama, cara penggunaannya adalah berbeza.

Featured Thu, 6 Dec 2018

Cara Betul Tuam Bengkak Pada Badan

Teknik tuaman dapat surutkan bengkak pada anggota badan.