Sihat By: Ad Ops July 27, 2018 @ 3:00pm

Inilah Kenapa Anda Cepat Lupa Nama Orang Yang Baru Anda Kenal & Cara Mengingatinya

Kalau anda sering berjumpa dengan orang baru, memang mencabarlah kalau nak ingat nama mereka, lebih-lebih lagi kalau anda berjumpa dengan mereka semua dalam satu acara.

Lagi mencabar kalau anda jumpa orang itu balik, tapi bila nak sebut nama dia… krik… krik.. krik…

Kenapa kita sering lakukan kesilapan ini? Ada beberapa sebab yang mungkin boleh menjelaskan fenomena ini, menurut Charan Ranganath, pengarah Memory and Plasticity Program di University of California, Davis.

Kenapa anda lupa

Sebab paling mudah: anda cuma tak berminat nak ingat pun. “Orang akan boleh ingat perkara yang mereka betul-betul ada motivasi untuk belajar,” kata Charan.

“Kadangkala nama orang akan terlintas begitu saja di minda anda, jadi pada masa itu, anda tak anggapnya sebagai penting.”

Tapi kerap kali anda betul-betul nak ingat, tapi akhirnya lupa jua. Ini mungkin sebab anda pandang remeh terhadap usaha yang anda akan perlukan untuk mengingati sesuatu yang nampaknya mudah, seperti satu nama.

Nama yang biasa seperti Ali dan Siti mungkin mudah untuk kita lupa kerana ia tak unik ataupun sebab anda dah kenal ramai orang dengan nama itu. Sebaliknya, nama pelik pula senang untuk dikenalpasti tapi susah untuk kita ingat.

Sesuatu nama, tak kiralah biasa atau unik, harus berebut-rebut untuk mendapat tempat di dalam minda anda yang sememangnya dah serabut. Jadi, berdasarkan fakta-fakta tadi, patutlah susah untuk ingat!

Foto: www.allstaffaz.com

“Anda bukan saja cuba untuk mengingati namanya, tapi nama sekali dengan rupa muka individu itu,” kata Charan.

“Walaupun anda berjaya memasukkan info tersebut ke dalam minda, anda mungkin tak dapat jumpa balik info ini kerana ada banyak lagi nama-nama dan muka di dalam memori anda.”

Selalunya anda rasa yakin yang anda akan ingat nama seseorang itu, tapi anda takkan sangka yang susah sebenarnya untuk ingat balik nanti.

Orang yang sibuk bersembang, contohnya, ketika diberitahu sesuatu nama, pun akan mengalami masalah yang sama. Yalah, tenaga anda difokuskan ke tempat lain. Macam mana nak ingat?

Bagaimana nak ingat?

Peranti mnemonik memang boleh membantu, kata Charan. Dia mencadangkan anda cari sesuatu yang berbeza tentang orang itu atau penampilan mereka dan kaitkannya semula ke nama mereka.

Contohnya, nama biasa seperti Ali mungkin terlalu susah untuk kita ingat, tapi kalau anda kategorikannya sebagai Ali Si Arkitek, ia akan lebih terserlah di fikiran.

Selain itu, cuba test ingatan anda sebaik saja anda mempelajari nama orang itu. Cuba ingat balik apa nama dia secepat mungkin. Ini akan membantu anda kekal ingat untuk jangka masa panjang.

Jika anda sebut balik nama orang itu setelah dia memperkenalkan diri, ia boleh memberi kesan yang lebih kuat daripada jika anda sekadar mendengar saja.

Dan jika anda betul-betul lupa, cuba bayangkan balik situasi anda berjumpa dengan orang itu.

Kalau tak ingat juga, fahamkanlah yang perkara ini memang biasa sangat berlaku, juga dalam kalangan penyelidik memori.

Bila anda fikir balik sebab-sebab anda boleh terlupa, memang ajaiblah kalau anda berjaya mengingati nama seseorang itu.

Sumber: Time

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 16 May 2020
Featured Tue, 18 Dec 2018

Selama Ini Anda Bersangka Baik Dengan Vitamin, Tetapi Tahukah Anda Kesan Sampingannya?

Pengambilan vitamin secara berlebihan memberi kesan sampingan kepada kesihatan.

Acara Wed, 16 Oct 2019

Ayam Brand perkenal santan Super Light, 75 peratus kurang lemak!

Kerja memasak jadi lebih mudah dan sihat!

Sihat Mon, 10 Dec 2018
Featured Fri, 28 Dec 2018

Si Kecil Susah Nak Makan Ubat? Nah! ‘Pancing’ Mereka Dengan 6 Cara Ini

Entah kenapa budak tak suka makan ubat, walhal ubat kanak-kanak rasanya sedap!

Sihat Mon, 19 Nov 2018

Jangan Ambil Makanan Ini Kalau Tak Nak Sakit ‘Parah’ Ketika PMS!

Kalau salah makan, perut anda akan mengalami kekejangan yang teruk!

Sihat Wed, 8 Jul 2020
Sihat Sat, 28 Sep 2019

Dilahirkan tanpa rahim, mampukah wanita ‘istimewa’ ini bahagia?

Meskipun tiada rahim, mereka masih berpeluang memiliki zuriat!

Featured Wed, 18 Mar 2020
Featured Tue, 23 Jun 2020

Terlelap 1 saat boleh jadi punca kemalangan di jalan raya

Ketahui langkah pencegahan bagi elak tertidur