Categories: Sihat

Praktikkan Senaman Lengan Yang Diajar Oleh Selena Gomez Ini

Biasanya, kita akan melakukan senaman untuk mencantikkan bentuk tubuh seperti punggung, peha dan perut sahaja. Tapi, tahukah anda? Bentuk lengan juga perlu diambil kira juga, ya!

Yelah, tubuh badan dah langsing, tiba-tiba part lengan gelebeh! Adoi, tak nak lah macam itu, kan? Ini kerana, bentuk lengan yang gelebeh dan besar bukan sahaja sakit mata memandang tapi kadang-kadang akan menyukarkan untuk kita mencari pakaian.

Tapi, kalau nak lengan kecil anda perlu tahu teknik senaman yang tepat!

Kalau anda nak tahu, Selena Gomez turut melakukan senaman lengan untuk mencantikkan bentuk otot lengan malah ia juga akan menyerlahkan postur tubuh badan anda.

Tengok rupa lengan dan badan Selena dalam gambar di atas. Cantik, kan?

Jadi, jom kita ikuti 5 langkah senaman lengan yang dia telah kongsikan. Memang mudah!

1. Depakan lengan anda mengikut aras bahu. Kemudian, bengkokkan siku anda pada 90 darjah. Lakukan sebanyak 20 kali secara perlahan-lahan.

2. Bawa lengan anda pada bahu sebelah. Lakukan langkauan sebanyak 20 kali mengikut rutin yang betul. Pastikan siku anda 90 darjah dan sama aras bahu kehadapan.

3. Depakan lengan anda dengan telapak tangan anda menghadap ke bawah. Pastikan lengan anda lurus dan siku tidak terlalu tegang atau stress. Gerakan lengan anda kehadapan dan kebelakang secara bulatan sebanyak 20 kali.

Foto: Simple Side

4. Regangkan kedua lengan anda dengan satu telapak tangan ke bawah. Lakukan secara bertukar sebanyak 20 kali. Pastikan kedua lengan rapat semasa regangan dan bahu lurus tegak.

5. Letakkan tangan anda di atas kepala dengan tapak tangan ke hadapan. Perlahan-lahan bawa siku anda ke aras dada, ulangi sebanyak 20 kali perlahan-lahan. Kekalkan bahu anda ke belakang dan ke bawah.

Senaman ini anda boleh lakukan di mana-mana saja, ya! Jadikan ia sebagai rutin dan anda akan rasai perbezaan terutamanya pada otot lengan yang lebih tone up.

Selamat mencuba!

Sumber: Enews , Wanista

tex_admin