Categories: Sihat

Tip Berkesan Meredakan Sakit Tekak, Ulser Mulut & Sakit Gigi

Tahukah anda, kurangnya minum air putih serta keadaan cuaca yang tidak menentu boleh menyebabkan penyakit seperti sakit tekak dan ulser mulut? Ya, itulah antara salah satu puncanya! 

Pastinya, bila sakit tekak dan ada beberapa ulser dalam mulut menyebabkan kita rasa tidak selesa dan mengganggu selera makan kan? Bila suap sahaja makanan, ulser akan berasa pedih sangat-sangat! Biasanya, nak tunggu baik memang makan masa berhari-hari.

Selalunya kita hanya makan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor sahaja kan? Tapi, kali ini penulis nak kongsikan tip berkesan menggunakan bahan semula jadi untuk meredakan sakit tekak, ulser mulut dan sakit gigi. Jom semak!

Caranya hanya perlu berkumur sahaja

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Segelas air panas
  • Setengah sudu garam

Foto: Sinarhariani.com

Caranya

1. Ambil segelas air panas (jangan terlalu panas) atau suam sikit pun okay.

2. Campurkan setengah sudu garam.

3. Kacau perlahan.

4. Kemudian, berkumur menggunakan air tersebut sebanyak 3 hingga 5 kali sehari. Bukan berkumur biasa tapi gargle iaitu berkumur dengan mendongakkan kepala ke atas.

5. Jika tertelan air garam tidak mengapa kerana air garam ada efek hydration untuk tubuh yang hilang banyak cairan semasa demam.

Mudah sahaja kan? Terdapat kelebihan berkumur air garam yang lain iaitu:

  • Ulcer atau lepuh mulut
  • Anak yang ulser mulut sebab HFMD
  • Sakit gigi
  • Mencegah Upper Respiratory Tract Infection (URTI)

Selamat mencuba!

Sumber: Dr. Taufiq Razif

tex_admin