Awww…Sweetnya Ucapan Hari Jadi Nabila Razali Untuk Hael Husaini

Hari ini merupakan hari ulang tahun komposer dan penyanyi terkenal, Hael Husaini yang ke 31. Sebagai seorang selebriti popular sudah tentu laman Instagram penyanyi lagu Hajat ini dihujani dengan ucapan hari jadi. 

Dalam masa sama, ucapan penyanyi Nabila Razali buat sahabatnya itu turut menarik perhatian netizen.

” Saya bukan marah sebab awak pijak kasut saya tapi saya marah sebab awak masih bercuti di luar. Tolong cepat pulang kerana kek hari jadi awak sedang menanti. 

” Selamat hari jadi buat rakan baik, ahli terapi, abang, penasihat, komposer dan banyak lagi panggilan. Semoga dipermudahkan segalanya. Happy Birthday, Hael Husaini,” tulisnya di Instagram.

Rata-rata pengikut Nabila Razali di Instagram turut mengusik Nabila dengan soalan-soalan mengaitkan dirinya dan Hael. Ehem, ada apa-apa ke? 

Dalam perkembangan lain, Nabila Razali kini tampil dalam Sunsilk #Siscuba pada setiap Selasa, jam 9.50 malam di TV3 manakala, di ntv7 pula pada setiap hari Sabtu, jam 4.50 petang. 

Oh…Happy Birthday, Hael Husaini!

SGMS Faida