Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 28, 2023 @ 11:12am

Siri Anime Popular Saluran Animax & GEM Kini Di Tonton!

Platform penstriman Media Prima, Tonton kini menyediakan perkhidmatan baru dengan menyajikan program-program Anime yang popular dari negara Jepun.

Bermula pada 24 April 2023 ini, saluran Animax dan GEM akan turut bersiaran di Tonton.

Animax merupakan saluran televisyen khusus yang menyiarkan kandungan anime berbahasa Jepun serta program anime yang dialih suara ke dalam bahasa Inggeris.

GEM pula adalah saluran yang menyiarkan kandungan pelbagai genre termasuk drama dan rancangan hiburan variasi yang diperoleh khas dari Jepun.

Pelbagai siri anime menarik disediakan antaranya Tokyo Revengers, Haikyuu, Cells At Work, Avalanche, Hiru dan banyak lagi!

Bukan itu sahaja, Tonton juga akan menyertai acara Anime Fest yang bakal dijalankan di Tropicana Gardens Mall pada 29 April hingga 1 Mei.

Muat turun aplikasi Tonton di Apple Store dan Google Play sekarang jika anda inginkan kandungan yang lebih eksklusif dan premium, langgani TontonUp hanya RM9.90 sebulan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Tonton atau ikuti mereka di Instagram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 29 Feb 2020
Trending Mon, 29 Oct 2018

TERKINI! Pesawat Lion Air Hilang Selepas 13 Minit Berlepas

Pihak berkuasa Indonesia melaporkan pesawat dipercayai hilang di perairan laut Kepulauan Seribu, Jakarta Utara.

Featured Fri, 20 Mar 2020
Featured Mon, 28 Feb 2022

Seramai 407, 097 Calon SPM Jalani Ujian Bertulis Bermula 2 Mac Ini

Semakan boleh dibuat menerusi laman web rasmi LP KPM

Trending Wed, 22 Jan 2020
Featured Tue, 14 Nov 2023

“Ya, Itu Lagu Baru…” – Selepas Dilamar Teman Lelaki, Nabila Razali Bakal Kongsi Berita Gembira

Selepas berkongsi foto dilamar teman lelakinya yang juga usahawan dan bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani, Nabila Razali bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai hubungannya itu. Menurutnya, perkara itu akan dikongsikan kepada umum […]

Hiburan Mon, 23 Sep 2019
error: Content is protected !!