Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal May 13, 2018 @ 2:25pm

Siti Sarah & Shuib Bakal Menjadi Tetamu Allah

Syukur Alhamdulillah, penyanyi Siti Sarah bersyukur bakal menjadi tetamu Allah buat kali kedua, Isnin depan.

Bakal ditemani suaminya, Shuib, Sarah juga menerima soalan mengenai penampilannya selepas pulang dari Umrah nanti.

“ Dalam soal ini, saya tidak mahu fikir apa pandangan orang. Saya serahkan kepada Allah. Apa pun, doakan saja yang terbaik untuk saya.

“Baik atau buruk semuanya daripada Allah. Apa saja saya lakukan itu antara saya dengan Allah,” katanya di majlis doa selamat dan kesyukuran bersempena keberangkatan ke Makkah.

Tambah Sarah, pemergiannya kali ini adalah lebih istimewa kerana bersama suami tercinta.

“ Alhamdulillah… Ini rezeki. Perancangan ini dibuat sejak hujung tahun lalu, namun tertunda disebabkan komitmen kerja. Kali ini, Allah permudahkan perancangan kami.

“Saya juga teruja kerana pertama kali dapat menyambut Ramadan di sana. Sebelun ini saya mendengar cerita dan pengalaman rakan saja, insya-Allah kali ini saya dan suami dapat merasai sama,” katanya yang turut berangkat ibu mentuanya.

Dalam masa sama, Siti Sarah berkongsi apa yang paling penting sekarang persediaan dari segi mental dan fizikal.

“Walaupun saya kali kedua, tapi yang pertama untuk suami. Dalam masa, jarak waktu juga jauh berbeza dan sudah banyak perubahan di sana,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Mar 2025

Merdunya! Bacaan Al-Quran Tengku Permaisuri Selangor Dipuji – “Semoga Jadi Contoh Terbaik Buat Rakyat Jelata”

Meskipun mengaku gementar, namun Tengku Permaisuri Norashikin meneruskan bacaan dengan baik.

Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Hiburan Sat, 12 Oct 2019

‘Teringin…Tapi Siapalah Saya Kan’- Siti Nurhaliza

Dalam perkembangan lain, Siti bakal terbang ke Adelaide, Australia untuk menjayakan konsert di Festival Theatre Adelaide pada 18 Oktober ini.

Hiburan Thu, 3 Apr 2025

[VIDEO] AG Azmeer Bantu Pemuda Terkandas Di R&R Buat Ramai Sebak

AG Azmeer bantu pemuda terkandas di R&R motosikal rosak

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

郑欣宜来马任《看见你的声音》来宾「他们都靠不住」

郑欣宜于近日来马为《看见你的声音》担任大来宾;节目中安排的“音痴搜查团” 她笑说他们都「靠不住」,反而是现场观众给了很多意见来协助她。

error: Content is protected !!