Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 5, 2025 @ 6:26pm

Syamel Hadiahkan Persembahan Solo ‘PERTAMA’ Khas Buat Peminat

Penyanyi berbakat besar, Syamel, bakal menghadiahkan momen istimewa buat para peminat menerusi persembahan solonya yang diberi judul ‘Pertama — A New Journey Together With Me, Syamel.’

Konsert yang menjanjikan suasana penuh keintiman dan kehangatan itu akan berlangsung pada Sabtu, 22 November 2025, bertempat di Nero Event Space, PJPAC, 1 Utama.

Syamel berkata, konsert ini bukan sekadar pentas hiburan semata-mata, sebaliknya satu ruang untuk menghargai sokongan peminat yang sentiasa bersamanya sejak awal perjalanan seni.

Menurutnya, Pertama akan menjadi simbol permulaan baharu dan kenangan yang ingin dikongsi bersama peminat setia.

“Saya mahu kita cipta detik berharga bersama dalam Pertama. Inilah babak baharu dalam hidup saya dan peluang untuk saya lebih dekat dengan semua, terutama Syamelovers.

“Tenaga saya datang daripada anda semua. Terima kasih kerana terus setia dan menjadi sebahagian daripada perjalanan ini,” ujar Syamel.

Pertama bukan sekadar konsert, tetapi pengalaman eksklusif yang membawa penonton menyelami sisi peribadi Syamel dengan lebih mendalam.

Antara yang menanti peminat termasuk sneak peek projek terbaru, sesi soal jawab secara langsung (live Q&A) bersama Syamel, serta barangan eksklusif (merchandise) yang menjadi tanda penghargaan khas buat peminat.

Tiket berharga RM148 (tidak termasuk caj tiket RM4) mula dijual sejak Isnin, 3 November 2025 jam 12 tengah hari, dan boleh didapati melalui platform ONETIX.

Acara ini diterbitkan oleh SAH Entertainment dengan kerjasama Universal Music Malaysia, menandakan fasa baharu dalam evolusi seni Syamel, di mana setiap persembahan dan lirik yang dibawakan sarat dengan emosi, kenangan dan nilai peribadi yang dikongsi bersama mereka yang sentiasa menyokong perjalanan kariernya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Apr 2019
Hiburan Thu, 3 Apr 2025
Trending Wed, 25 Dec 2019

Guna ‘Pendrive’ Cari Pemilik Dompet Berisi RM1200

Alhamdulilah, masih ada lagi insan yang baik hati memulangkan balik barang yang dijumpa.

Featured Wed, 29 Aug 2018

Kini Ada Seorang Lagi Putera Kacak Yang Digilai Wanita, William & Harry Boleh Ke Tepi!

Nampaknya ada potensi untuk mencuri hati gadis-gadis dunia!

Hiburan Wed, 8 Aug 2018

韩男偶像飙五月天歌「网友听到起鸡皮」

韩国男子组合VIXX主唱KEN,日前透过微博PO出一支影片,他一人飙唱天团五月天的《后来的我们》,到中间高潮处连飙4段高音,让网友听了鸡皮疙瘩狂掉。

Featured Sat, 9 May 2026

Aedy Ashraf Dedikasi ‘Tarung Unforgiven’ Buat Mereka Yang Tak Pernah Mengalah – “Untuk Mereka Yang Luka Tapi Masih Pilih Percaya”

Aedy Ashraf tampil menitipkan kata-kata penuh makna terutamanya buat mereka yang sedang berjuang untuk kehidupan masing-masing.

error: Content is protected !!