Sejak awal pengenalan laman sosial termasuklah Facebook, tiada makna ‘privasi’ dan melindungi data. Oleh sebab itu, saya teringat seorang rakan yang sampai sekarang tidak mempunyai mana-mana laman sosial. Sebut saja MySpace dan Friendster (ketika itu), Twitter, Instagram dan Facebook, semuanya dihindar dari komputer atau telefon beliau (telefon pun masih gunakan yang biasa bukannya telefon pintar).
Saya masih ingat kata-kata beliau. “Kalau pakai semua ini (Facebook dan sebagainya), hang bersiaplah jadi hamba abdi internet dan orang lain. Depa boleh baca apa yang berada di fikiran kita dan boleh paksa kita untuk buat sesuatu yang kita sebenarnya tak perlu buat pun.” Kata-kata beliau ramai diendahkan rakan-rakan termasuk saya.
Ketika itu saya anggap beliau hanya paranoid. Ada 15-20 individu rakan yang mendengar perbualan tersebut. Beliau diketawakan. Itu soal 7 hingga 10 tahun dulu.
Sekarang, setelah Facebook mengeluarkan syarat bodoh sebelum memuat turun aplikasi Facebook Messengernya, barulah saya rasa kata-kata rakan saya itu 100% betul. Bayangkan ada orang datang mahu memasang lampu di rumah, ada pula syarat yang perlu dipatuhi termasuk membenarkan pemasang lampu melihat sekeliling rumah 24 jam sehari! Pastinya anda tidak mahu ia berlaku.
Dalam internet sekarang dan ditambah pula anda tidak akan membaca ‘Terms & Conditions’ atau T&C yang disediakan, sudah pasti semua penyedia seperti Facebook sangatkan ‘gilakan’ maklumat peribadi anda dan seboleh-bolehnya mahu membaca tabiat anda seharian.
Takkan masih tidak perasan bagaimana Facebook boleh memberi cadangan ‘Page’ mana yang perlu di’Like’ dan sebagainya. Mana datangnya cadangan itu kalau bukan kerana ia mengkaji anda secara senyap seperti tertakluk dalam T&C yang anda klik saja ok tanpa membacanya.
Jom lihat apa yang Facebook mahukan sebelum anda memuat turun aplikasi Messenger
Disebabkan anda sudah biasa menggunakannya ditambah keperluan komunikasi, Facebook mahu anda melutut patuh untuk memuat turunnya.
Dalam kes ini, saya boleh katakan Facebook cuba membuli dengan syarat-syarat atau T&C yang tidak masuk akal. Sudah tiba masanya pengguna bersuara dan mengatakan tidak kepada pembulian syarikat besar seperti Facebook
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..