Categories: TECHTech News

Anda Pengguna Twitter? Pertimbangkan Ini…

Tiada bukti yang menunjukkan penggodam menjadi punca sejenis virus di Twitter! Itu pengumuman dibuat oleh syarikat itu berhubung laporan lebih 300 juta maklumat peribadi kini berisiko…

Syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu juga meminta semua pengguna menukar kata laluan bagi tujuan keselamatan dan mengelak risiko digodam.

Bagaimanapun, syarikat internet itu tidak mendedahkan jumlah kata laluan yang terjejas atau tempoh gangguan itu berlaku, sehingga ia dikenal pasti.

Ketua Pegawai Teknologi Twitter, Parag Agrawal di dalam satu kenyataan blog berkata, pihaknya meminta orang ramai lebih berhati-hati dan mempertimbangkan untuk mengubah kata laluan semua perkhidmatan yang menggunakan kata laluan sama.

Agrawal berkata, pihaknya kesal dengan apa yang berlaku.

Gangguan itu berlaku ketika media sosial berdepan pengawasan ketat terhadap perlindungan data peribadi, susulan skandal Cambridge Analytica yang menyaksikan maklumat puluhan juta pengguna Facebook digodam dan disalahgunakan.

Sumber: Agensi

SGMS Faida