Pasti anda tertanya-tanya mengapa komputer yang anda gunakan selama ini semakin lama semakin perlahan.
Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada permasalahan itu dan kadang-kala ia hanya memerlukan satu kali restartsahaja, dan selepas itu ia kembali seperti sedia kala.
Ok mungkin restart pun tidak membantu, mungkin anda boleh cuba 5 tips mudah ini dan diharapkan laptop dan komputer anda boleh memproses lebih laju seperti sediakala.
1. Cari program yang “terlampau aktif”
Caranya adalah dengan memantau melalui Task Manager. Klik kanan pada Taskbar dan pilih “Task Manager” atau tekan Ctrl+Shift+Esc untuk membukanya.
Jika salah satu kolum berwarna merah, ia bermaksud ada perisian atau program yang beroperasi secara berlebihan. Tekan pada..
…dan perisian akan disusun.
Cuba tutup perisian secara normal, dan apabila tidak berjaya, anda boleh klik kanan dan tekan End Task.
2. Tutup program yang berada dalam System Tray
Kebanyakkan program yang berada dalam System Tray atau ruang notifikasi ini adalah program yang dilancarkan padastartup.
Sebab itu kadang-kala komputer yang baru dihidupkan agak lambat sedikit kerana terlalu banyak perisian yang hendak dilancarkan. Selain itu perisian itu akan kekal beroperasi pada latarbelakang dan mungkin menggunakan RAM atau Disk secara berlebihan.
Kenal pasti dan tutup perisian yang tidak penting.
3. Lumpuhkan program permulaan.
Tak faham? ok disable startup program. Langkah ini dapat menjimatkan penggunaan CPU dan memori pada awal anda menghidupkan komputer. Dalam bahasa mudah proses log masuk lebih cepat.
Pada Windows 8 dan keatas, fungsi startup boleh diakses melalui Task Manager dengan menekan tab Startup. Seperti biasa pilih aplikasi yang tidak penting dan lumpuhkan ia. Perhatian jangan disable Antivirus ya, melainkan anda advanced user.
4. Kurangkan animasi
Kesan visual sememangnya sangat menarik dan sedikit sebanyak membantu anda dalam menggunakan komputer. Pada Windows 10, Microsoft banyak menambah kesan animasi ini supaya sistem operasi itu lebih mesra pengguna.
Walaubagaimanapun, bagi anda yang menggunakan komputer lama, kesan visual dan animasi ini boleh memperlahankan komputer anda. Berikut merupakan langkah-langkah untuk mematikan kesan visual.
Anda bebas memilih mana-mana kesan visual bersesuaian dengan penggunaan anda.
5. Bersihkan cakera keras
Pergi ke bahagian Start dan taip Disk Cleanup, ia merupakan salah satu perisian utiliti dari Microsoft. Pilih cakera keras mana yang hendak dibersihkan, contoh: C.
Disk Cleanup berfungsi mencari “sampah” dan fail-fail tidak berguna seperti…
Nanti akan muncul tetingkap dengan pilihan fail yang boleh dipadam. Pilih dan padam.
Ok itu sahaja buat masa ini. Kalau ada penambahan lain boleh kongsikan di ruang komen.
“Kalau nak komen pasal kes curang dalam rumah tangga, saya tidak layak,” - PU RIZ
Love the good vibes!
Semoga dipermudah segala urusan Irma dan anak-anak 🤲🏼
Hm semoga semuanya dipermudah untuk Nora dan suami