TECH By: SGMS Putri April 19, 2018 @ 5:57am

Apple Mungkin Keluarkan Peranti iPhone Lebih Besar dan Murah

Seperti kita tahu, selama ini pihak Apple Inc. sentiasa mengeluarkan peranti yang berspesifikasi tinggi, reka bentuk yang menarik namun pada harga yang agak mahal. Namun, dua model iPhone yang bersaiz lebih besar dengan harga yang lebih murah mungkin akan dikeluarkan pada masa akan datang. Menurut sumber, perkara ini dilaporkan oleh Ming-Chi Kuo, satu sumber yang boleh dipercayai apabila bercakap soal ura-ura berkenaan produk Apple.

Kuo menyatakan bahawa peranti iPhone tersebut bakal mengguna skrin bersaiz 6.1 inci dan apa yang menariknya ialah salah satu dari peranti tersebut akan menyokong fungsi dua kad sim. Salah satu faktor yang dijangka akan dapat mengurangkan harga peranti ini berbanding model iPhone yang lain ialah peranti ini diberitakan bakal menggunakan skrin paparan LCD, berbeza dengan skrin OLED yang digunakan model sebelum ini.

Selain itu, menurut Kuo lagi, Apple juga akan turut melancarkan model yang akan menyambung legasi iPhone X pada tahun ini. Peranti ini dikatakan akan mempunyai dua pilihan model, 5.8 inci dengan ciri satu kad sim serta peranti 6.5 inci yang akan turut menyokong fungsi dua kad sim. Kedua-dua model ini pula akan menggunakan skrin OLED maka dari segi harganya hampir pasti lebih tinggi daripada model 6.1 inci yang menggunakan skrin LCD.

Harga bagi peranti dengan skrin 6.1 inci Apple ini dijangkakan sekitar $ 550-$650 (~RM 2140 – RM 2530) untuk model satu kad sim dan $650-$750 (~ RM 2530 – RM 2920) untuk dua kad sim. Namun bagi peranti 5.8 inci serta 6.5 inci Apple pula masih belum ada laporan berkenaan ramalan harga bagi kedua-dua peranti tersebut.

Walaupun Kuo adalah sumber yang mempunyai rekod yang baik dalam menyampaikan khabar angin berkenaan produk Apple, ura-ura berkenaan perantiperanti ini masih lagi menjadi tanda-tanya.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 12 Jun 2018

明年地球人看手机电脑时间将第一次超过电视

空闲时间只有那么多,你是用来上网,还是用来看电视?

TECH Fri, 29 Jun 2018

“unlock” Dengan Cap Jari Untuk Peranti Yang Tiada Fungsi Tersebut

Maklumlah bukan semua mampu memiliki peranti Android dengan fungsi pengimbas cap jari. Apa pun jangan bersedih, berikut kami kongsikan cara untuk mengimbas cap jari dengan menggunakan kamera utama.. Pertama sekali pasang aplikasi  ‘Fingerprint AppLock’ daripada Playstore. Setelah […]

TECH Tue, 14 May 2019

Prep Yourself for Raya with Lazada’s Raya Together-gether Campaign

It’s all about being with our family members during the holidays.

TECH Wed, 5 Dec 2018

Travel with a Virtual Doctor Wherever You Go with AirAsia Travel Protection

Now you don’t have to worry about getting medical help on the go.

TECH Tue, 17 Jul 2018

Google Bakal Berdepan Tindakan Saman Berbillion Ringgit Dari Kesatuan Eropah

Selepas Facebook menghadapi pelbagai saman atas skandal penggunaan data pengguna tanpa kebenaran, kini Google juga dikatakan semakin hampir untuk mengalami masalah yang sama. Cuma kali ini, Google telah dituduh menyalahgunakan ‘kuasa’ yang ada pada mereka. […]

TECH Wed, 23 Jan 2019

Bigger and Better Smartphone Experience with Nokia 3.1 Plus

They recently released a 6-inch version.

TECH Mon, 28 Jan 2019

网页版十年挑战!还记得脸书、Youtube等网站十年前的模样吗?

你十年挑战了吗?最近在社群中颇为热门的 #10yearchallenge,引起了一波回顾潮;你每天刷刷脸书之外,还会造访什么网站呢?我们就来个十年挑战网页版……

TECH Mon, 18 Mar 2019

三个月内1.5亿访次流失!Tumblr禁止色情内容后大家都走光了

Tumblr自去年12月宣布禁止色情内容,访次从5.21 亿掉到了3.69 亿,超过了1.5 亿的惊人数目!

TECH Sat, 29 Sep 2018

4 Cara Mudah untuk Menguatkan Isyarat WiFi

cara untuk menguatkan isyarat WiFi supaya sambungan menjadi lebih stabil

Automobile Thu, 26 Apr 2018

水温(Water Temperature)过高究竟有多伤引擎?

相信许多人都听过引擎的水温过高,也就是俗称的“水滚”会伤引擎,不过你知道过高的水温究竟对引擎的危害有多大吗?