Categories: TECH

Aspek Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Membeli Telefon Pintar

Mempunyai sebuah telefon pintar hari ini menjadi hampir keperluan untuk setiap orang. Jadi, ianya tidak hairan jika pihak pengeluar telefon pintar melancarkan pelbagai model peranti telefon pintar yang kadangkala hampir sama dari segi spesifikasi mahupun harga. Walau bagaimanapun, kebanyakkan pembeli sering keliru dengan setiap peranti dan harganya. Jadi dengan itu, kami memutuskan untuk berkongsi beberapa aspek yang perlu diketahui dan panduan untuk mereka yang mahu membeli dan memiliki telefon pintar. Dengan itu, ianya mungkin sedikit membantu anda mendapatkan telefon pintar dengan tawaran yang terbaik.

Sistem Operasi

Mungkin anda sudah tahu dimana telefon pintar hari ini menggunakan pelbagai sistem operasi untuk dijalankan. Tetapi, sejauh manakah pemahaman anda kepada sistem operasi tersebut. Sebagai contoh, antara sistem operasi yang digunakan oleh telefon pintar hari ini seperti Android, iOS, dan Windows.

Faktor Reka Bentuk, Dimensi, Berat & Material

Sesetengah telefon pintar boleh dikatakan kelihatan serupa. Dari segi reka bentuk ianya tidak banyak beza, tetapi saiz, berat, dan paparan sebenar yang menjadi faktor pengguna memilih sesuatu telefon pintar tersebut. Ramai orang memilih untuk menggunakannya telefon pintar yang nipis, kompak, dan semestinya bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, sebagai contoh peranti Phablet yang bersaiz agak besar masih menjadi pilihan ramai. Ianya keteria yang agak subjektif untuk dibincangkan dan tidak banyak boleh aku perkatakan. Hanya mampu kami perkatakan disini, pilihlah telefon pintar yang mudah untuk anda pegang, simpan atau bawa kemana saja. Dari segi material, carilah yang bersesuaian dengan kadar penggunaan anda atau berkorbanlah sedikit wang ringgit untuk membeli pelindung (cover) yang berkualiti. Mungkin agak mahal dari menyesal kemudian hari kerana jaminan tak merangkumi segala kerosakan.

Saiz Skrin & Kualiti

Skrin adalah satu perkara yang diambil kira semasa untuk membeli telefon pintar. Ada beberapa perkara yang perlu korang tahu. Pertama, mengenai saiz skrin tersebut. Ramai yang cenderung kepada skrin besar. Bagi kami, skrin bersaiz 5 inci sudah mencukupi & skrin yang melebihi 5 inci mungkin tidak mesra poket. Ya, kami maksudkan phablet. Selain dari itu, resolusi skrin tersebut patut dipertimbangkan. Apa guna skrin besar gabak kalau resolusi hampeh. Untuk dapatkan resolusi yang bagus, skrin tersebut sekurang-kurangnya mempunyai resolusi 1080p. Untuk paparan yang lebih baik, sudah semestinya resolusi 4K atau 2K. Tetapi jika anda bertanya, telefon pintar apakah mempunyai resolusi paling baik? Jawapannya adalah ntahla, kami tidak pasti.

Prosessor & RAM

Kedua-dua komponen ini seperti jantung dan otak sesebuah telefon peralatan komputer. Untuk mencapai kadar prestasi yang tinggi, prosessor yang baik dan RAM yang cukup diperlukan. Ya, ianya juga bergantung pada sistem operasinya juga. Kebanyakkan telefon pintar terkini hari ini dilengkapi dengan prosessor Quad-Core yang mempunyai kelajuan 1.6GHz atau lebih. Antara prosessor yang selalu digunakan adalah Qualcomm Snapdragon, Samsung Exynos, Intel Atom, Mediatek, dan Kirin. Ia biasanya dipanggil SoC (System on Chip) yang terkandung CPU (Central Processing Unit) dan GPU (Graphic Processing Unit) sepagai pasangan.

Ruangan Storan/Kapasiti

Telefon dengan RAM tinggi, prosessor dah dasyat, resolusi skrin dah terbaik, mesti nak masuk video dengan permainan HD kan. Jadi perlukan ruangan kapasiti yang tinggi. Kebanyakkan telefon pintar Android menyokong tambahan ruangan kapasiti dengan menggunakan kad microSD. Tetapi malangnya ada sesetengah tidak menyokong kad microSD. Bagi aku, 16GB memori dalaman sudah mencukupi, tetapi pastikan ianya mempunyai sokongan penambahan kapasiti. Kalau takde kena cari peranti mempunyai memori dalaman yang tinggi atau besar.

Bagi mengurangkan penggunaan memori, kami juga ingin mencadangkan anda mendapatkan perkhidmatan cloud. Atau anda boleh lakukan sync kesemua gambar dari telefon anda ke akaun Google Photos.

Kamera & Rakaman Video

Kebanyakkan telefon pintar didatangkan dengan kamera sebesar 12 megapiksel dan 13 megapiksel. Dan ada juga yang didatangkan dengan kamera bersaiz 16 megapiksel dan paling tinggi setakat ini adalah 41 megapiksel iaitu Nokia PureView 808. Biarpun saiz kamera yang sama pada berlainan model, kualiti gambar yang dihasilkan tidaklah sama. Jadi untuk pengesahan sila cuba ambil beberapa gambar dah periksa pada penghasilan warna, pengcahayaan yang rendah (low light), dan lain-lain. Begitu juga dengan rakaman video. Walaupun ianya mempunyai piksel yang sama, keupayaan rakaman video yang berbeza. Anda boleh periksa samaada kamera tersebut berupaya merakam video HD, dan yang paling baik apabila ianya mampu merakam video full HD 1080p. Barulah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada zaman 3GP. Tetapi disini kami memohon kepada anda, tolonglah jangan merakam video didalam keadaan video menegak.

Jangka Hayat Bateri

Mempunyai spesifikasi teknikal yang tinggi pasti membanggakan seseorang itu, tetapi jika kuasa bateri hanya bertahan jangka masa yang pendek tidak guna juga. Mengikut pengalaman kami, melayari internet menggunakan sambungan 4G mempercepatkan kuasa bateri kehabisan. Jadi dengan itu, bateri yang mempunyai kapasiti yang tinggi diperlukan. Hari ini, banyak telefon pintar yang didatangkan dengan kapasiti bateri yang tinggi. Ianya terpulang pada anda untuk memilih. Yang penting pada kami kapasiti sesebuah telefon pintar tersebut mampu bertahan selama 8 ke 10 jam untuk penggunaan maksimum. terdapat beberapa cara untuk mengoptimasikan penggunaan kuasa bateri.

Sumber : piratz.my

 

Rosli Ab Rahman