Categories: TECH

Awas Promosi WhatsApp Internet Percuma 1000 GB!

Pastinya kehidupan seharian tidak tentu arah bila tiada handphone di tangan!. 

Applikasi seperti WhatsApp, Facebook, Instagram, Snap Chat, We Chat dan sebagainya menjadi antara applikasi yang wajib ada dan digunakan setiap hari untuk berkongsi apa yang dilakukan seharian.

Kali ini WhatsApp bukan setakat untuk menghubungkan antara satu sama lain tetapi dijadikan sasaran bagi penipu atas talian atau “scammer”.

Baru-baru ini aplikasi diserang kembali oleh golongan berkenaan dengan menawarkan data Internet sebanyak 1000GB secara percuma kepada pengguna.

Bagaimanapun, menurut pengkaji dari ESET, tawaran itu adalah ‘terlalu bagus’ sekaligus memberi amaran kepada pengguna WhatsApp untuk berhati-hati.

Tawaran itu akan disertai dengan satu link yang kelihatan dari WhatsApp dan sebenarnya tidak wujud ataupun tipu.

Pada anda yang menekan link tersebut akan dibawa ke satu laman web yang seakan-akan laman web sebenar WhatsApp dan akan diminta menjawab beberapa soalan ringkas.

Selesai menjawab, anda akan diminta untuk kongsikan link tersebut kepada 30 pengguna lain sebelum menerima ganjaran atau habuan

Walaupun ESET masih tidak menemui bukti keberadaan sebarang perisian hasad bersama link tersebut, anda dinasihatkan  untuk berjaga -jaga dan tidak menekan link berkenaan.

Sumber: Mirror UK

SGMS Enal