Categories: TECHTech News

BERITA Pemain Dota 2 Di Belanda Kini Boleh Melihat Kandungan ‘Loot Box’ Sebelum Membuat Pembelian

Pemain Dota 2 di Belanda kini sudah boleh melihat kandungan loot box mereka sebelum mereka membuat keputusan membelinya. Perkara ini dikongsikan oleh seorang redditor, Larhf telah mengirim gambar yang mempunyai pernyataan:

 Kandungan treasures di rantau ini boleh dilihat dahulu sebelum membukanya.

Perkara ini terjadi mungkin disebabkan kerajaan Belanda telah mengambil tindakan terhadap in-game item terutamanya loot boxes yang dikritik melanggar undang-undang perjudian di negara tersebut.

Permainan CS:GO sudah menerima hukuman yang berat dimana pemain-pemainya kini tidak lagi boleh membuka loot boxes yang diterima/ dibeli mereka. Pasaran Steam Market dan juga Steam Trading telah ditutup fungsinya menyebabkan pertukaran/perdagangan in-game item tidak lagi dapat dilakukan.

Terdapat dua bahagian mengenai perubahan:

Kelebihan

  • Pemain kita tidak perlu berbelanja dengan banyak bagi mendapatkan barangan yang mereka inginkan (mereka tidak boleh lagi membeli secara pukal).
  • Setiap kali kotak dibuka, kotak seterusnya akan mendapatkan barangan yang berbeza.

Keburukan

  • Sistem menentukan barangan seterusnya masih di dalam tetapan rawak.
  • Barangan tidak dapat ditukar atau dijual kepada pemain lain (fungsi market/trading ditutup)

Pengguna masih boleh menggunakan servis VPN tetapi servis tersebut melanggar syarat dan terma yang ditetapkan oleh Steam. Tidak dipastikan lagi adakah mekanisma yang sama akan/telah digunakan untuk permainan Steam yang lain.

Sumber: RedditPC Gamer

SGMS Putri