Google telah memperkenalkan ciri baru AR yang dikenali sebagai Google Maps Live View untuk pelbagai jenis peranti Android dan iPhone. Ciri yang mula diperkenalkan pada Google Pixel ini menunjukkan navigasi “real-time” dalam Google Maps melalui kamera telefon anda.
Google Maps Live View boleh diakses dalam versi beta bagi peranti Android yang menyokong ARCore atau iPhone yang mempunyai sokongan ARKit. Pada masa ini, ciri ini hanya tersedia bagi pejalan kaki sahaja. Di bawah ini kami kongsikan cara untuk menggunakan Google Maps Live View AR.
Masuk ke Google Maps di peranti anda. Bagi yang tidak mempunyai aplikasi ini, anda boleh muat turun di Google Play atau App Store.
Taip destinasi anda di bar carian.
Kemudian tekan butang “Directions”.
Pilih pejalan kaki di bahagian atas skrin dan tekan pada pilihan “Live View” di bahagian bawah skrin.
Aplikasi ini juga akan memberi amaran kepada anda agar tidak melihat telefon semasa anda sedang berjalan. Ia bertujuan supaya anda dapat memberi perhatian kepada persekitaran semasa.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Wah, mesti best kan!
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..