Google Chrome dan Mozilla firefox merupakan pelayar laman sesawang paling terkenal dan banyak digunakan diseluruh dunia.
Namun begitu, paparan notifikasi yang selalu “Pop – Up” dengan pelbagai permintaan sememangnya agak menjengkelkan kita. Berikut kami kongsikan cara – cara untuk anda matikan kemunculan notifikasi pada Chrome dan Mozilla.
Pada Google Chrome
Langkah 1: Buka aplikasi Google Chrome.
Langkah 2: Klik pada menu tiga titik pada bahagian sebelah atas kanan pelayar
Langkah 3: klik pada menu Settings.
Langkah 4: Skrol kebawah dan klik pada menu Advanced
Langkah 5: Pilih menu Content Settings.
Langkah 6: Masuk ke menu Notification, kemudian nyahaktifkannya
Langkah 7: Dengan itu segala notifikasi yang muncul pada laman sesawang akan dihentikan. Selesai
Pada Mozilla Firefox
Langkah 1: Masuk ke menu Settings
Langkah 2: Skrol dan kemudian klik pada menu Content
Langkah 3: Aktifkan fungsi Do Not Disturb pada menu Notification
Langkah 4: Tutup dan mulakan kembali pelayar Mozilla anda. Selesai
Sumber : wiser.my
Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!
Sedih pula dengar luahan hati Aliff Aziz untuk Bella...
Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!
Wah, MK jadi jahat!
Ada lagi yang Aliff ak puas hati kot tu..