TECH By: SGMS Putri July 10, 2018 @ 3:21pm

Grab Super App- Himpunkan Pelbagai Perkhidmatan Dalam Satu Aplikasi Utama

Bukan sekadar aplikasi perkhidmatan perkongsian kenderaan, Grab mahukan fungsi yang lebih banyak lagi untuk aplikasi utama mereka.

Itulah misi baru yang bakal dilaksanakan oleh Grab dalam memenuhi keperluan serta kehendak jutaan pengguna.

Bagi merealisasikan perancangan tersebut, syarikat yang kini menjangkau usia 6 tahun itu membuka peluang kepada pembangun luar untuk mengintegrasikan sistem mereka pada aplikasi sedia ada.

Bakal dikenali sebagai Grab Super App, ia adalah medium bagi pengguna mendapatkan akses kepada aplikasi-aplikasi Grab yang lain seperti GrabPay, GrabProfiles. dan lain-lain.

Terbaru yang diumumkan adalah GrabFresh dimana Grab bekerjasama dengan Happy Fresh dalam membekalkan barangan runcit kepada pengguna.

Dengan pembangunan aplikasi berkenaan, ia seolah-olah mengikut jejak langkah WeChat yang bukan sahaja menawarkan fungsi mesej malah boleh membuat pesanan makanan, membuat bayaran serta memanggil teksi.

Hal ini juga dilihat umpama mahu memberikan saingan kepada satu lagi aplikasi e-hailing negara jiran Go-Jek.

Grab Super App ini akan ditawarkan di Singapura serta Indonesia bermula hari ini untuk platform iOS sementara untuk Android pula ia akan tiba pada 18 Julai nanti.

Bagi negara-negara lain pula, kemaskini akan muncul pada suku ketiga 2018.

Sumber: The Star Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 1 Nov 2018

Google更新Gboard!用户轻松自制专属表情符号包

继三星与苹果后,Google也推出客制表情符号功能,让用户透过分享一个与自己外貌相像的表情符号,加强自己情绪的表达连结。

TECH Tue, 7 Nov 2017

“LOOK WHAT YOU MADE HER DO!” – AN APP

ICYMI (In Case You Missed It), Taylor Swift has now joined the bandwagon of other celebrities launching her own app; “The Swift Life”. Good news for you, Swifities everywhere!!

TECH Sun, 12 Jan 2020

Kenali Rupa Bentuk Plag Dan Soket

Dengan adanya lebih daripada 15 jenis plag dan soket dinding digunakan di seluruh dunia, perkara asas yang perlu dilakukan sebelum melancong ke luar negara adalah mengenal pasti penyambung mana yang harus kita bawa. Bak kata […]

TECH Tue, 23 Oct 2018

Kelebihan Menggunakan Pemasaran Melalui Internet

Tahukah anda! bahawa pemasaran melalui internet memberikan banyak faedah terutama bagi golongan peniaga, ini antara kelebihannya.

TECH Fri, 29 Nov 2019

Cipta Aplikasi Dating Yang Cuma Pilih Dia Seorang Saja

Disebabkan tidak mahu bersaing dengan sesiapa cipta applikasi ni.

TECH Sat, 10 Aug 2019

Buat Kod “Barcode” Menggunakan Android!

Kod Bar rupanya boleh dibuat melalui peranti juga, menjadikan kerja lebih senang dan mudah

TECH Fri, 17 Jan 2020

Tips Guna Google Search Secara ‘Pro’

Kita semua menggunakan Google Search setiap hari bertanyakan soalan dan juga mencari maklumat. Akan tetapi, kadang kala ada jawapan yang Google berikan bukannya apa yang kita mahukan. Tahukah anda, Google mempunyai fungsi khas yang boleh membantu pengguna mengehadkan jenis […]

Automobile Sun, 29 Apr 2018

4 Aplikasi Edit Gambar Yang Selalu Digunakan Artis Kpop!

Ini lah rahsia di sebalik gambar yang cantik macam artis kpop korang!

TECH Sun, 29 Sep 2019

Berkongsi Instagram Stories Dengan Close Friends Sahaja

Rupanya IG stories pun ada closed friends

TECH Fri, 27 Jul 2018

Masalah Dihadapi Untuk Pengguna iPhone Untuk iOS 11

Beberapa masalah dilaporkan oleh pengguna iPhone yang mengemaskini sistem iOS mereka ke versi 11 di laman sesawang Reddit. Kebanyakkan masalah berkenaan pepijat paparan yang membuatkan antaramuka peranti iPhone mereka kelihatan agak pelik. Pengguna iPhone X yang menghadapi masalah semasa menyahkunci  […]