OMG By: SGMS Putri April 5, 2018 @ 2:28pm

Oppo F7 Bakal Tiba di Malaysia Bulan Ini

Syarikat Oppo Malaysia bakal melancarkan peranti terbaru mereka untuk siri F iaitu Oppo F7 di Malaysia pada bulan ini. Peranti ini dijangka akan dapat meneruskan legasi siri Oppo F yang semakin mendapat sambutan yang menggalakkan di negara ini. Dengan dilengkapi ciri AI Beauty 2.0 yang telah dinaiktaraf, pengguna peranti ini akan dapat mengambil swafoto dengan kualiti lebih baik dan imej yang lebih jelas.

Oppo F7 ini mempunyai paparan skrin bersaiz 6.23 inci dengan paparan definisi tinggi penuh 1080p. Selain itu, peranti ini akan menggunakan sistem operasi Android Oreo 8.0 serta dilengkapi dengan cip pemprosesan Mediatek Helio P60. Oppo F7 ini juga akan hadir dengan dua pilihan spesifikasi iaitu 64 GB storan dan 4 GB RAM memori atau storan sebesar 128 GB dengan memori 6 GB RAM disamping kedua-duanya akan memiliki slot kad memori sehinnga 256Gb.

Bagi model Oppo F7 ini, ia akan hadir dengan 16 MP, f/1.8 untuk kamera utama serta 25 MP untuk kamera hadapan  bagi mendapatkan imej swafoto yang berkualiti. Selain itu, peranti ini akan dikuasakan dengan bateri sebesar 3400 mAh.

Peranti ini bakal hadir dengan dua pilihan warna iaitu merah dan perak. Sama-sama kita nantikan pengumuman selanjutnya daripada pihak Oppo Malaysia berkenaan tarikh rasmi pelanjaran peranti Oppo F7 ini bagi mendapatkan harga untuk pasaran tempatan.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 3 Dec 2017

Cara Padam Gambar Atau Video Pendua Pada iPhone

iPhone merupakan salah satu peranti pintar/telefon pintar yang paling banyak pengguna di seluruh dunia.

OMG Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Kongsi Rutin Senaman, Badan Fit Fify Azmi Jadi Tumpuan – “Wahhh Siap Ada 6 Pack Abs”

Pelakon Fify Azmi atau nama sebenarnya, Nur Afiqah Mohamed Azmi mencuri perhatian warganet apabila memuat naik satu perkongsian mengenai rutin senaman harian. Dalam perkongsian terbabit, Fify menunjukkan bentuk tubuh badannya yang mempunyai six pack abs. […]

Featured Fri, 27 Jan 2023
Featured Tue, 15 Nov 2022

Nyanyi Di Wedding Bekas Kekasih, Meer Nash Kekal Tenang – “Kental Hati Kau Bang”

Penyanyi Meer Nash, 27, memuat naik satu video di TikTok memaparkan dirinya menyayikan sebuah lagu di hari perkahwinan bekas kekasih. @meernash5I wish you nothing but happiness ❤️♬ original sound – Meer Nash Menerusi video berdurasi […]

TECH Wed, 21 Mar 2018

Buka “Website” Yang Disekat Tanpa Sebarang Aplikasi

Bukan sahaja dapat membuka laman sesawang yang disekat, malah aktiviti anda juga tidak dapat dikesan.

LIFESTYLE Thu, 29 Aug 2019