Rakyat Malaysia Ketagih Telefon Pintar!

Dengan anggaran penduduk berjumlah 32.2 juta, tidak hairanlah Malaysia merupakan  antara negara yang  rakyatnya memiliki telefon pintar tertinggi di dunia malah 78.7 %  daripada 24,572,446 adalah pengguna internet.

Jumlah tersebut menjadikan Malaysia  berada pada kedudukan ke-29 penggunaan internet tertinggi di dunia  waima  bilangan pemilik telefon pintar pula  berada di tangga  ke-10 dunia.

Tempat pertama berada pada tangan rakyat  Korea Selatan  diikuti Australia, Israel, Amerika Syarikat, Sepanyol. Britain, Kanada dan  Chile.

Kredit: Pew Research Centre.

Berdasarkan kepada kaji selidik dan laporan beberapa firma antarabangsa antaranya seperti GFluence, Newzoo Global Mobile Market dan Pew Research Centre, mereka turut melaporkan Malaysia juga merekodkan kadar tertinggi dalam pemilikan telefon pintar iaitu 65%.

 Ini diikuti oleh  Chile (65%), Turkey (59%)  manakala  negara yang mempunyai pasaran terbesar dalam  pengeluaran peranti iaitu China menduduki tangga terakhir dengan 58% sahaja.

Patutlah, ramai sungguh syarikat telekomunikasi  yang mengeluarkan telefon pintar pelbagai jenama khususnya buatan dari negara China menjadikan Malaysia pasaran mereka!

Apatah lagi dengan kegilaaan netizen melayari media sosial dan hiburan digital, ketagihan untuk memilki dan membeli telefon pintar  tercanggih menjadi satu fenomena yang bukan mudah dikawal.  

SGMS Fas