Replicated Draft By: Nabihah July 28, 2023 @ 4:42pm

Rangkul 12 Anugerah Opensignal, CelcomDigi Buktikan Rangkaian Internet Mendahului Pengalaman Mudah Alih & Ultra Pantas!

Kadang-kadang rasa fed up bila main game je asyik lag? Buffering plak tu bila nak buat live strim dan tonton drama online. Stress!!!

Korang dah boleh bertukar kepada servis rangkaian CelcomDigi rasanya.

Susulan daripada penggabungan CelcomDigi pada Disember 2022, syarikat telekomunikasi ini membuktikan bahawa mereka mampu menjadi pemain utama rangkaian 4G/5G dalam menyediakan pengalaman Internet yang lebih baik untuk pelanggannya.

Baru-baru ini, rangkaian gabungan CelcomDigi diiktiraf sebagai rangkaian terpantas dan terluas di Malaysia apabila ia berjaya merangkul 12 anugerah dalam 11 kategori Opensignal.

Secara terperinci, rangkaian Celcom memegang tempat pertama bagi kategori pengalaman permainan dalam talian dan aplikasi suara, kelajuan muat turun dan muat naik, serta pengalaman liputan 4G, sementara berkongsi tempat pertama bagi kelajuan muat naik 5G bersama Digi.

Manakala, rangkaian Digi pula berjaya mendahului industri dalam beberapa kategori pengalaman 5G, termasuk pengalaman video dan permainan dalam talian 5G serta kelajuan muat turun 5G. Ini sekaligus, menjadikan CelcomDigi syarikat telekomunikasi yang menerima anugerah terbanyak di Malaysia. Hebat kan?

Kredit: Opensignal

Rangkaian gabungan CelcomDigi terima anugerah terbanyak di Malaysia.

Anugerah Opensignal ini bukan calang-calang, ianya merupakan anugerah yang memberi peluang kepada kita selaku pengguna untuk menilai sendiri kemampuan sesebuah telco untuk membekalkan kita rangkaian Internet dengan kualiti yang konsisten dan berkelajuan tinggi.

CelcomDigi sentiasa berusaha untuk menyediakan rangkaian Internet & pengalaman mudah alih yang terbaik kepada pengguna mereka. Maka, tak hairanlah mereka menerima anugerah terbanyak yang dipertandingkan dalam analisis Opensignal.

Maksimumkan pengalaman Internet & rangkaian 4G/5G!

Antara usaha penting yang sedang diutamakan oleh CelcomDigi adalah inisiatif pengintegrasian dan pemodenan rangkaiannya untuk membina satu rangkaian yang kukuh, terluas dan paling moden di negara kita merentasi 18,000 tapak.

Melalui usaha mengoptimumkan penggunaan tapak rangkaian, CelcomDigi dapat mencapai spektrum yang lebih tinggi untuk mendapat servis indoor coverage yang lebih baik. Jadi, korang akan dapat menikmati rangkaian dan sambungan Internet yang stabil di setiap sudut kediaman korang.

Apabila inisiatif pengintegrasian dan pemodenan ini selesai, rangkaian baharu yang kukuh akan meningkatkan lagi kualiti pengalaman pengguna dengan capaian terbaik daripada 96% kepada 98% kawasan berpopulasi di seluruh negara.

Ini akan membolehkan pelanggan CelcomDigi menikmati kelajuan Internet tinggi iaitu 10x lebih pantas melalui sambungan 5G. Korang tak perlu risau lagi, dulu 1 bar servis je, sekarang pengalaman streaming atau gaming korang meningkat dengan servis 3 bar dan ke atas.

Jadi, tak kisahlah korang duduk kawasan bandar atau luar bandar, capaian Internet berkelajuan tinggi dan mantap bukan lagi suatu perkara yang mustahil kepada pelanggan CelcomDigi.

Lepas ni, duduk kampung pun boleh work from home. Kelas online tuisyen anak-anak pun tak terganggu. Apatah lagi nak tonton drama online, 24 jam sehari pun takde masalah. Mantap kan?

CelcomDigi kini tawarkan pelbagai pilihan pelan 5G pada harga mampu milik!

Sentiasa mengutamakan pengalaman dan kepuasaan pelanggan, CelcomDigi menawarkan pelbagai pilihan pelan pada harga mampu milik. Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan perkhidmatan menyeluruh meliputi pelan Prabayar, Pascabayar, roaming, peranti 5G terkini dan fiber.

Korang tinggal pilih perkhidmatan yang korang nak dan boleh pilih ikut kemampuan jugak.

Tambahan pula, sekarang korang boleh maksimumkan lagi pengalaman 5G dengan gabungan pelan & peranti terbaik daripada CelcomDigi melalui pelan 5G merentas Prabayar & Pascabayar,  5G Booster, peranti 5G PERCUMA dan Roaming 5G.

Selain itu, ada pelbagai pelan CelcomDigi fiber yang menawarkan capaian Internet pantas. Dari 300Mbps hingga 1Gbps, korang hanya perlu pilih pelan yang sesuai dengan keperluan isi rumah dan ahli keluarga korang.

Disamping itu, jangan lepaskan peluang untuk add-on pelbagai tawaran peranti rumah, PS5 dan Samsung Smart TV untuk pengalaman Internet, gaming & hiburan yang lebih memukau dengan bayaran serendah RM2/hari. Jika korang nak jimat lebih, pastikan korang bundle kan je pelan pascabayar Celcom atau Digi korang dengan Internet fiber.

Justeru itu, jika korang mencari rangkaian Internet dengan liputan terluas dan terpantas, tetapi memiliki fleksibiliti yang baik (roaming boleh digunakan di 32 buah negara), CelcomDigi adalah jawapannya. Tunggu apa lagi, mulakan pengalaman 5G korang dengan CelcomDigi sekarang!

Maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan CelcomDigi boleh didapati di bawah.

Celcom > Klik SINI

Digi > Klik SINI

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Jul 2022

Puteri Sarah Didakwa Tolak Perceraian Akibat ‘Kekayaan’ Syamsul, Pengurus Tampil Bersuara – “Dia Tak Heran Pun, Kedudukan Sekarang Hasil.…”

Fuhhh 🙌🏻✨ Kuat sungguh Puteri Sarah ni 💪🏻Meski rumah tangga dilanda badai tapi tetap kiat menempuhinya 🥹😭 Moga lepasni semua beringat ya sebelum mengeluarkan kata-kata 😌

Trending Sat, 26 Oct 2019

“Tolong Jangan Percaya,” Ada Pihak Cuba Fitnah Tunku Azizah

Dakwa Baginda Jalankan Program Matawang Digital

Trending Thu, 18 Jul 2019

Pemimpin Parti Jadi Dalang Video Semburit Haziq

Pemimpin Parti Politik dikenal pasti menjadi dalang melakukan pakatan jahat merakam dan menyebar video hubungan songsang dikaitkan dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama seorang lagi lelaki.

#ThrowbackXTRA Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Fri, 15 Dec 2023