Hiburan By: Fatin Nurain October 18, 2023 @ 10:33am

Menangis Cerita Pengalaman Jadi Mangsa Dera, Dipukul & Dibuli… Zainal Abidin Dokumentasi Kisah Hidup

Penyanyi terkenal Datuk Zainal Abidin tampil berkongsi kisah hidupnya sebelum meniti kejayaan dalam industri nyanyian tanah air sehingga kini.

Menurut Zainal, dia melalui fasa dan kehidupan yang amat sukar sejak kecil lagi kerana pernah menjadi mangsa dera.

Bahkan, pelantun lagu Hijau itu turut menyatakan dia tidak pernah tahu yang dia ada ibu bapa.

”Saya tak tahu yang saya ada parents. Saya mula mengalami satu kehidupan yang agak sukar. Didera secara fizikal dan juga mental. Saya dipukul, saya dibuli,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Zainal menerusi sebuah dokumentari khas bersama Kool 101 yang berjudul Lagenda Dalam Nota.

Dalam perkongsian tersebut, Zainal kelihatan sebak dan tidak dapat menahan air matanya ketika berkongsi sebahagian daripada kisah pahitnya itu.

Sementara itu, Zainal turut berkongsi perjalanannya ketika menceburi industri muzik tanah air, pada tahun 1979.

“Apabila saya keluarkan Zainal Abidin dengan lagu Hijau, ianya menukar reka bentuk industri muzik tanah air.

”Saya menjadi seorang trendsetter Headwind yang buat panggilan. Pada tahun 1979, saya ke Kuala Lumpur sehelai sepinggang. Berhijrah, betul-betul berhijrah itu,” jelasnya.

Orang ramai boleh menonton kisah penuh kehidupan penyanyi lagenda ini dalam Dokumentari Lagenda Dalam Nota Datuk Zainal Abidin di YouTube Channel Kool 101, 20 Oktober ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kool101my (@kool101my)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 19 Feb 2018

LANGKAWI SKYCAB BEROPERASI SEMULA, 3000 PENGUNJUNG BERATUR BELI TIKET

Difahamkan, tiada pelancong yang membatalkan rancangan mereka untuk menaiki kereta kabel ini, yang dikendalikan Panorama Langkawi, sebuah anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Nedim Mohon Bantuan Netizen!

Beliau mahu menyampaikan hasrat untuk membantu merawat kos perubatan anak Danial Rayyan yang menghadapi ekzema kritikal.

Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Che Ta Lega Tiada GST?

Che Ta enggan mendedahkan jumlah derma yang akan dihulurkan kerana menurut beliau apa yang dilakukan bukanlah paksaaan tetapi rasa tanggungjawab beliau sebagai rakyat Malaysia

Featured Fri, 8 Jul 2022

[VIDEO] “Hati Tak Tenteram” – YouTuber ‘Tarik Tudung’ Akui Insaf & Terkesan.. Terima Ugutan Untuk Dicederakan

Teruk kena ugut sampai buat laporan polis! Hm, moga apa yang jadi untuk YouTuber baharu ni jadi pengajaran buat semua content creator kat luar sana ya..

Hiburan Fri, 17 Feb 2023
Featured Wed, 4 Jan 2023